NEVER MINE
Supra-additive partner. Match-mess from heaven. The more the messier
-Rifqi mencelikkan matanya perlahan-lahan. Satu kamar yang kelam menyapa panca indera lihatnya. Dia kenal bilik dan ruang ini. Hideout tempat dia dan U selalu berjumpa.
"Kau dah sedar." U duduk di bucu meja berhadapan dengan sofa tempat Rifqi sedang berbaring. Meski lutut dan jari-jemari masih menggeletar, Rifqi melawan segala rasa sebelum menegakkan badannya. "Aku bawakkan air sejuk. Minumlah," pelawa U.
Rifqi hanya menurut. Dia meneguk air kosong yang dihulurkan oleh U.
"Luka kau tak dalam. Nasib tak puncture main vessels kau. Usik minor je jadi bleeding tak lama. Apa jadi?" Soalan U tidak dibalas terus oleh Rifqi. Dia mengangkat jarinya menyentuh luka yang sudah berbalut plaster sederhana besar.
"Tak ada apa."U berkerut kening. "Raccoon yang aku kenal bukan seorang yang senang kena serang sampai macam ni. Ada orang ambush kau? Pasal kes siang tadi ke?" soal U bertali-temali. Rifqi menggeleng.
"Tak, aku rasa orang tu salah attack target. Kalau dia nak bunuh aku, dia mesti usik main vessels. Dia sentuh minor sebab nak ugut aku biar aku lepaskan hal ni," dalih Rifqi.
Saat ini, Rifqi sedar bahawa N bukan penjenayah bertaraf biasa-biasa. Bukan mudah untuk mencederakan seseorang dengan hanya menyentuh jaringan kapilari darah sahaja memandangkan pembuluh-pembuluh darah di bahagian leher tersangatlah kompleks. Silap seinci, nyawa mangsa pasti melayang.
"U..." Rifqi menelan liur kesat. Dia tahu tidak mudah untuk dia berlaku sebegini tetapi... apa pilihan yang dia ada? "Aku nak kau mansuhkan semua data yang kau dapat dari nombor yang aku bagi siang tadi. Jangan sampai bocor."
U terdiam. Suasana sepi seketika. "Kenapa? Attacker tu ugut kau apa?" soalnya penuh prihatin sementara Rifqi meneguk liur lagi.
"Ikut je cakap aku."
"Rac, nombor tu..."
"Dia bukan target aku, U. Aku minta maaf susahkan kau tapi nombor tu nombor yang salah. Mansuhkan semua data yang kau dapat pasal nombor tu. Jangan buat apa-apa kalau kau sayang nyawa kau, keluarga kau."
"Kau nak aku biar kau handle semua ni sorang-sorang?" U membalas pernyataan Rifqi dengan soalan. Mendengarkan nada sahabatnya itu sahaja, dia sudah dapat menghidu bahawa ada sesuatu yang Rifqi sembunyikan dari pengetahuannya.
Rifqi merengus. "Kau dengar jela cakap aku! Apa yang susah sangat?! Buat macam kau tak pernah tahu dan dengar langsung pasal nombor tu!" Rifqi bangkit dari duduknya. Jaket kulitnya diambil kasar.
"Rac, kau kawan aku..."Rifqi tersenyum sinis. Sakit hatinya hendak berkelakuan begini kepada rakan yang sudah banyak membantunya dalam menghasilkan profil yang lengkap dan tepat tentang barisan suspek kes-kes sebelum ini tapi... apa pilihan yang dia ada?
"Kita berkawan cuma atas dasar urusan sebagai polis semata-mata. Buat masa ni aku tetap akan contact kau untuk kes lain." Mendengarkan kata putus dari Rifqi, U mengetap bibir. Ada nada tegas dalam bicara gadis yang hanya dia kenal sebagai code Rac itu menandakan wanita berhati keras itu betul-betul serius.
"Aku gerak dulu. Ingat, U. Hapuskan semua sekali. Jangan sampai ada secebis pun tersisa. Buat kalau kau sayang nyawa kau."
Jaket yang sejak tadi dilipat di lengan dipakai sebelum keluar tanpa menghulurkan salam terlebih dahulu. Langkah berat dibawa dengan kakinya yang masih lemah meninggalkan hideout yang pernah menjadi tempat dia berkongsi sedikit sebanyak kisah kepolisiannya dengan U.
"Buat masa sekarang, biarlah aku je tanggung dulu, U. Sampai keadaan reda."
"RIFQI, masuk office saya sekarang." Panggilan dari Tuan J menarik-narik Rifqi agar kembali ke realiti. Kepala ditoleh ke arah interkom yang tidak lagi berbunyi usai panggilan dari ketuanya diputuskan.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...