Rifqi mengusutkan rambut palsu panjang berwarna merah yang dipakainya. Dahi dilabuhkan pada stereng kereta.
"Gila! Gila! Gila!" Kedua-dua belah kepala menjadi mangsa cengkamannya. Beberapa hari selepas dia discaj dari hospital, ada satu nota yang dikirimkan oleh N melalui staf hospital. Nota itu hanya tertulis tempat, tarikh dan masa. Memberitahu Rifqi tentang tugasan Rifqi yang seterusnya.
Saat Rifqi menghubungkan nota itu dengan nota yang dihulurkan oleh N sebelumnya, dengan mudah dia dapat menangkap perancangan N.
Tugasnya hari ini adalah menjadi kepala kepada pemerdagangan manusia merentas sempadan.Kalau dulu, N hanya bermain dengan dadah dan senjata api, kini N berjinak-jinak pula dalam hal jual beli tenaga kerja secara haram merentasi sempadan negara. Keparat! Sampai bila Rifqi hendak diperhambakan oleh lelaki tak guna itu? Kalau Rifqi tertangkap dalam operasi berskala besar ini... bagaimana?
Disebabkan hal itu juga, Rifqi memberi alasan kepada Naqid bahawa dia ingin bermalam di rumah rakannya memandangkan rakannya akan berpindah tempat kerja minggu hadapan. Naqid tidak bertanya lebih lanjut melainkan cuma memberi sepatah dua pesan agar berhati-hati. Sejak dia keluar dari hospital tempoh hari, mereka sudah mula duduk serumah. Rifqi juga semakin senang dengan perilaku Naqid yang menyamankan.
Pun begitu, hubungan mereka hanya seperti sepasang kawan yang duduk serumah tetapi bukan suami isteri. Pelik tapi begitulah.
Tak semena-mena, tingkap kereta Lancer EVO XII miliknya diketuk dari luar bahagian pemandu. Barulah Rifqi bagai tertarik-tarik semula ke alam realiti. Sebaik kepala diangkat, muncul seorang lelaki dengan berpakaian serba hitam dilengkapi oleh penutup wajah, menanti dia keluar dari kereta.
Rifqi membetulkan sedikit rambut merahnya. Rasa bersalah yang menggunung di hati dek maksiat yang sedang dilakukan, cuba dia simpan dalam-dalam.Berpakaian ketat, tidak menutup aurat : checked
Menyambung rambut dengan rambut palsu : checked.Double haram.
Pintu dibuka bersama riak kosong. Hanya terselit secebis dua keangkuhan pada wajahnya. Sebaik pintu kenderaan ditutup, sebuah beg bimbit hitam diserahkan kepadanya. Tangan yang elok bersarung kulit, menyambut tanpa banyak soal.
"All of the documents and procedure in the suitcase. As usual." Usai berkata-kata, seketul earpiece disuakan kepada Rifqi. Tangan kanan Rifqi menyambutnya lalu earpiece itu dipasangkan di telinga kanan.
"Good evening, my dear." Suara N bergema pada earpiece yang dipakai. Sela masa yang terlalu sempurna itu memberitahu Rifqi bahawa lelaki itu sedang memerhatikannya dari jauh. Kepala masih tegak tetapi mata meliar ke segenap ruang. Cuba mencari mana-mana susuk tang mencurigakan dalam kegelapan malam.
"Ma'am." Rifqi membalas pandangan si jejaka tanpa nama di hadapannya. Ahli RNOT itu menunduk sedikit tanda meminta izin untuk beredar. Selang sesaat, Rifqi ditinggalkan sendirian.
"Now it's just you and me. We still have time before 11.30pm. Take your seat, follow my order." Rifqi mencebik tanda menyampah seraya masuk kembali ke dalam keretanya. Sempat dia menghidupkan lampu dalam kereta.
"2219907" Kata laluan dimasukkan seiring digit yang disebutkan oleh N. Dengan sekali tekan, beg bimbit itu terbuka kuncinya. "Check for tazer, .44 Magnum, syringe of blood, several identification cards and ExFurious knife."
Anak mata Rifqi meneliti segenap barang yang tersusun elok di dalam beg bimbit itu.
"ExFurious knife?" Belum sempat tangan hendak mengambil pisau itu untuk diteliti, N berbisik.
"Beware of the venom my dear. This time it's deadly." Rifqi terpempan mendengar amaran N yang berbaur sindiran itu. Bagaikan N tahu benar tentang sifat ingin tahu seorang Rifqi.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...