Tudung bawal dililitkan kemas menutupi leher. Awningnya, Rifqi tiup. Hari ini dia lari dari warna hitam dan mengenakan warna navy blue, biar sedondon dengan warna uniformnya. Kalau ditanya sebab lain kenapa Rifqi suka jadi profiler.... salah satu sebabnya adalah, dia tidak perlu sentiasa pakai uniform. Cukup hanya dengan tag nama dan lencana di atas pakaian formal, dia sudah siap untuk ke tempat kerja
Sebaik berpuas hati dengan penampilannya, Rifqi mencapai beg tangan, kunci kereta dan bergerak ke pintu. Belum sempat tangan menyentuh tombol pintu, hujung kaki menyentuh sesuatu di atas lantai betul-betul di bawah pintu. Keluhan berat dilepaskan. Anak mata jatuh pada sekeping kertas yang terselit di ruang kecil bawah pintu. Sebaik pandangannya jatuh pada perkataan, 'your love, N', dia mengeluh keras.
'Apa benda lagi ni?'
Kertas nota diambil dan dimasukkan terus ke dalam beg tangan. Pagi-pagi begini, Rifqi tak nak fikir apa-apa langsung pasal sesiapa. Masuk kerja nanti nak sesak kepala pun... sesaklah. Sekarang, bagi dia bertenang dahulu meskipun Rifqi tahu yang sekejap lagi, Tuan J akan memanggilnya untuk memberikan laporan semasa.
Rifqi mengaku dia berdebar. Takut? Usah dikata. Masih terasa kucupan hangat N pada lukanya tempoh hari.
Sampai sahaja di pejabat, punggung dilabuhkan. Kertas nota dicapai dan dia meletakkannya benar-benar di tengah meja yang belum dicemari apa-apa dokumen.
Instruction : CRACK THE CODE!
CODE :02
One little two little,
Three little indian,
Four little five little,
Six little indian,
Seven little eight little,
Nine little indian,
Ten little indian boy!Where is the zero, sayang?
6(1)2(1).2(1)5(3)9(4)5(1)2(1)[12]
3(3)4(1).4(1)3(1)4(1)7(1)[9]1260 since 00:00,
14 June 2023Game over? : 15KG Semtex IPD Padang Selambak
Tik... Tok... Tik... Tok...
Your love,
N."Haritu kau ajak aku main wordcount, harini kau bagi numbers pula? Kau budak sastera ke mathematic ni sebenarnya, N?" Keluhan berat dilepaskan lagi. Pensel diambil dan hujungnya diketuk-ketuk pada rangkap terawal lirik nursery rhymes itu. Apa kepentingan lirik ini pada dua baris nombor dekat bawah tu?
Ketukan di pintu memaksa Rifqi cepat-cepat menyeluk kertas nota itu ke dalam poket uniform. Terpacul wajah segar Naqib memberi isyarat agar Rifqi mengikutnya.
"Office Tuan J." Sebaris sahaja Naqib berpesan sementara Rifqi mengangguk. Uniform diperkemas sebelum bangkit bagi menuju ke pejabat Tuan J. Kertas laporan yang mana dia sudah tuliskan sepenuhnya metodologi pemecahan kod tempoh hari dibawa sekali. Kepala serabut tapi wajah tetap dimaniskan sebaik pintu pejabat Tuan J dibuka. Dia melabuhkan duduk di tempat biasa.
"Terima kasih sebab datang, Cik Rifqi dan Inspektor Naqib. Saya pun tak suka buang masa. I guess all of us are ready. Naqib, report," J memecahkan kesunyian yang baru hendak membelenggu mereka.
"First report... data forensic of L. Report penuh dah ada dalam database. Pasal drugs yang dijumpai pada baju S, it is what i am about to report. Introduction, fentanyl and heroin both are opioids. Fentanyl adalah antara barisan hadapan dalam list drugs paling berbahaya alongside heroin. Heroin boleh datangkan effect euforia kan? Fentanyl pula 50 kali lebih poten daripada heroin dan 100 kali daripada morphine. Guess what? Dalam packet tu adalah a formulated mixture of both. A deadly combination which leads to overdose, death due to termination of breathing mechanism and increased heart rate to lethal state."
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...