BAB 2

391 31 0
                                    

NEVER-MINE
Jangan jatuh cinta pada aku...

"Rifqi." Rifqi Hanania berpaling ke arah pemilik suara yang sedang menggamitnya saat ini. Bantal keras yang menjadi tempat dia melabuhkan kepala di dorm akademi tentera, ditepuk lalu diletakkan ke tempat asal. Langkah kaki diorak mendekati sahabatnya yang sudah menggendong beg sisi tanda keluarga gadis itu sudah tiba untuk menjemputnya pulang.

​"Kau nak balik kampung aku?" soal si gadis lagi buat ke sekian kalinya. Ada segunung sayu dan simpati yang cuba bersembunyi di balik pandangan matanya buat Rifqi Hanania. Rifqi sekadar menggeleng.

​"Tak payah. Aku beraya dekat sini je. Karang balik kampung kau dah satu hal pula mak kau nak kena jaga anak dara baru." Rifqi bercekak pinggang dengan senyuman.

Si gadis dengan tanda nama F itu menggeleng laju mendengar kata-kata rakannya.

​"Tak adalah, mak aku yang tawarkan kau balik beraya sekali dengan aku untuk cuti raya kali ni bila aku beritahu yang kau tak balik rumah keluarga kau. Mana ada menyusahkan." Sekali lagi Rifqi menggeleng tanda tidak mahu saat tawaran si rakan bergema sekali lagi. Dalam masa yang sama, dia cuba memberitahu bahawa, sebanyak apapun F menghulurkannya tawaran yang sama, sebanyak itu juga dia akan menolak.

​"Kita kawan bukan bermakna semua benda perlu kita kongsikan, F. Kau baliklah. Aku tak kisah pun beraya dekat sini. Tenang aman damai. Rasa macam satu akademi ni aku punya." Senyuman meyakinkan dikulumkan seorang Rifqi Hanania buat F. Si gadis menggigit bibir bawahnya.
​Bertahun sudah berlalu sejak F menyertai akademi kepolisian Kota Madura ini, sejak itu jugalah dia masih belum mampu melepasi tembok yang dibina oleh seorang Rifqi Hanania kepada orang luar. Gadis beperwatakan dingin itu tidak suka berkongsi cerita hidupnya apatah lagi hendak mengambil tahu kisah hidup orang lain.

​Seorang Rifqi Hanania lebih suka untuk kekal berada di dalam kepompongnya sendiri. Pada Rifqi, selagi tiada keperluan maka tidak perlulah hendak berkongsi kisah hidup masing-masing. Biarlah dia selalu sendirian sekalipun, asalkan kerjanya semua terlangsai dengan baik maka Rifqi tidak terasa hendak membenarkan sesiapa pun melepasi tembok hatinya.

​Dari kaca mata seorang F, dia tahu. Ada sesuatu yang disimpan dalam-dalam di dasar bejana hati seorang Rifqi. Ada luka yang tersimpan dan dibalut dengan rasa tidak percaya kepada sesiapa. Perkara paling munasabah untuk menjadi tebakan adalah, ada sesuatu yang terjadi antara Rifqi dan keluarga gadis itu.

​Manakan tidak, sejak dahulu lagi tidak pernah sekalipun Rifqi Hanania membuka mulut tentang ahli keluarganya. Rifqi selalu mengelak. Sepanjang perkenalan mereka juga, Rifqi tidak pernah dijenguk mana-mana ahli keluarganya. Kalau ada cuti panjang, Rifqi akan bekerja secara sambilan di pam minyak berdekatan.

​Rifqi Hanania sangat pendiam orangnya hingga ada yang menyangka bahawa dia dibuang keluarga ke akademi ini. Pun begitu, tidak pernah sekalipun Rifqi mengambil kisah apa yang kadet-kadet lain perkatakan tentangnya. Kata Rifqi, cemuhlah sebanyak mana pun yang mereka mahukan, tiada satu organ dalam badannya pun yang akan mati dek segala cemuhan mereka. Mendengarkan kata-kata itu tahulah F bahawa ada sesuatu yang sudah mati dalam diri Rifqi. Jiwanya.

​"Termenung apa? Keluarlah cepat nanti mak kau tunggu pula." F kembali ditarik menghadap realiti dengan teguran Rifqi terhadapnya. Tak menanti lama, dia memeluk kejap tubuh Rifqi walaupun Rifqi tidak membalas.

​"Selamat hari raya, Rifqi. Enjoy your holiday!" F berpesan lembut seraya membawa diri keluar dari dorm tempat mereka berkongsi ruang saban malam. Rifqi menghantar kepergian F dengan sorotan mata hinggalah pintu dorm tertutup kembali.

NEVERMINE | EDITED VER [C]Where stories live. Discover now