"Elok-elok drive tu, Uddin," pesan mak long saat tangannya disalami oleh si anak teruna.
Naqid mengangguk bersama senyum yang diapit dengan lesung pipit. Sekilas anak mata mencuri pandang ke arah si isteri yang sudah seperti patung tak bernyawa. Pandangan itu kosong. Dia sedar, pasti kepala Rifqi sedang sesak waktu ini.
Bahkan, dia sendiri yang membenarkan Rifqi menyiasat. Bangkai gajah tak akan dapat hendak ditutup dengan nyiru. Begitu juga dengan identitinya. Hanya saja dia agak terkejut kerana Rifqi tidak bertindak membatalkan akad nikah tadi.
'Kenapa kau tak halang akad nikah tadi, Hana?' soal benaknya dalam diam.
"Rifqi pun elok-elok dah jadi isteri orang ni. Layan Uddin elok-elok okei?" Rifqi hanya tersenyum tawar sedang dia menyambut huluran salam ibu saudaranya selepas dia bersalaman dengan ibunya tadi. Tanpa aba-aba, dia ditarik ke dalam pelukan wanita itu. Hangat tetapi tidak akan mampu mencairkan hati Rifqi Hanania.
Naqid masuk dahulu ke dalam kereta diikuti oleh Rifqi. Tanpa banyak bicara, Naqid memulakan pemanduan. Sesekal,i dia mencuri pandang pada si isteri namun Rifqi hanya bersandar ke kusyen kerusi penumpang dan membuang pandang ke luar tingkap.
Kurang setengah jam, mereka tiba di rumah tumpangan tempat Naqib bermalam beberapa hari sepanjang menguruskan perihal pernikahan mereka. Sengaja dia hendak mengelak darpadi Rifqi kerana mahu membenarkan Rifqi menggeledah rumah ibunya dengan mudah. Dia tahu, pasti Rifqi memperoleh bermacam-macam dapatan memandangkan dia sendiri yang meletakkannya di rumah si ibu.
"Aku dah buka kunci pakai sensor. Pergilah masuk, aku nak ambil beg dekat belakang."
Rifqi diam tak membalas. Bahkan, menoleh pun tidak. Hanya tangannya membuka tali pinggang keledar lalu beredar keluar.
Naqid menghela nafas berat. "Nampaknya aku kena banyak-banyakkan bersabar."
Naqid mendapatkan beg roda di dalam but kereta dan pantas sahaja mendekati pintu rumah. Pintu dikuak dari luar sementara tangan sibuk memasukkan beg itu sebelum pintu ditutup semula.
Tak semena-mena, ada sesuatu yang menyapa tengah dahi mulusnya.Hujung pistol.
Anak mata melayari kolam mata si pemegang pistol. Meskipun wajah itu langsung tidak senyum, persalinan putih yang disarungnya masih memantulkan seri pengantin seorang Rifqi Hanania. Cantik walaupun tanpa sebaris senyum.
Lelaki itu melebarkan senyumnya. Manis. Langsung tak nampak tergugat dengan hujung pistol yang melekap di dahinya saat ini. Tanpa melepaskan tautan anak mata keduanya yang masih tegang, kedua tangan kekarnya membaluti tangan si isteri.Dipegang kejap tangan yang masih menggenggam pistol itu lalu dibawa ke dada kirinya seraya berbisik lembut.
"Aiming the head has been too mainstream. Proceed."
Rifqi tak memberi reaksi. Dia masih menyelami pandangan lembut lelaki yang bergelar suaminya kini. Menyalurkan rasa melalui pandangan tunak.
"Teruskan. Aku tak ralat sangat kalau kau yang jadi malaikat pencabut nyawa aku. Bayangkan headline dia nanti. Seorang isteri bergelar profiler membunuh seorang inspektor sejurus akad nikah? Mungkin lebih menarik kalau bubuh headline; pengantin berdarah? Pengantin dan pistol? Itu dah macam tajuk novel pula."
Rifqi menekan kuat hujung pistolnya ke dada si jejaka saat si lelaki mula tertawa kecil. "Iya, macam yang kau baru tahu, akulah Uddin. Aku bukan Naqib tapi Naqid Akmaluddin. Greetings, Hana."
"Tell me everything. Kenapa kau kahwin dengan aku? Kenapa kau menyamar sebagai Naqib? Siapa Dayyan? Siapa semua orang?!" hentam Rifqi bertalu-talu. Si jejaka masih tersenyum manis menampakkan lesung pipit yang tidak terlalu dampak sedang Rifqi masih dengan tenungan tajamnya. Beku.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...