Bunyi-bunyi kurang familiar menyapa telinga. Meskipun kepala berdenyut hebat, tetap jua digagahkan sepasang kelopak matanya agar terangkat. Cahaya mula menodai saraf sensor imej yang terletak di belakang bebola mata. Kelopak mata dikerdip-kerdipkan beberapa kali sebelum irisnya mulai meneroka segenap ruang.
Rifqi sedang berbaring di atas katil dengan bercadar putih. Selimutnya juga. Pakaian sudah bertukar dan tudung shawl yang melilit kepala tadi kini digantikan dengan tudung sarung hitam. Dia tahu ini wad persendirian hospital tentera, tempat biasa untuk pegawai sepertinya. Bauan ubat yang terlalu familiar meneroka rongga nasal.Beberapa ketika kemudian, anak mata jatuh pada satu susuk yang tertidur pulas dalam keadaan berpeluk tubuh di atas kerusi agak jauh darinya. Tubuh itu sudah berbaju, tidak seperti kali terakhir dia melihatnya sebelum ini. Tapak tangan si jejaka tidak lagi basah dengan darah. Hanya saja wajah itu pucat sedikit barangkali dek kesejukan ruang wad persendirian ini.
Mengenangkan bahawa pakaiannya sudah bertukar dan dia tidak lagi diselubungi pakaian berdarah seperti sebelum ini, Rifqi mengeluh berat. Adakah lelaki ini yang menukarkan pakaiannya atau pegawai kesihatan yang bertugas? Kalau iya... mesti Naqid nampak parut inisial N di lehernya bukan?
'Mesti Naqid akan tanya macam-macam kan?' desisnya.
Namun begitu, bukankah lebih baik dari dia diselubungi kain putih dari hujung kaki ke hujung kepala?
Rifqi menggeleng perlahan. Mengenangkan badan yang masih terasa lemah, Rifqi jadi tertanya-tanya. Apa maksud dua rangkai kata yang diungkapkan oleh penyerangnya tadi?
'Them'? N suruh lelaki itu menjadikan dia sebagai bahan uji kaji untuk keberkesanan venom pada bilah pisau itukah? Atas asbab apa? Nak uji 'mereka'? Siapa pula mereka? Lebih merisaukan, kenapa N yang selama ini mendatangkan debaran di dada mula hendak bermain-main dengan nyawanya? Apa pula perbuatan pihak mereka yang membuatkan N bertindak agresif kali ini?
Setahunya, belum ada apa-apa perkembangan lagi tentang kes ini melainkan jual beli ExFero tempoh hari. Itupun masih on hold memandangkan dia dan Naqid masing-masing sibuk dengan kes yang bertindan. Naqid sendiri banyak menghabiskan masa di makmal. Entah apa yang dibuatnya.
Mata Rifqi jatuh lagi kepada si suami.Ayat terakhir Naqib tadi bergema bagaikan kaset rosak di kepala. Meskipun dirasakan nyawanya waktu itu bagaikan sedang dipermainkan oleh malaikat maut dan kekejangan mulai mengambil alih segenap sendi, suara itu yang bergema halus menyapa gegendang telinganya, tangan kekar yang menggenggam erat tangannya yang sudah hilang daya bagaikan masih terasa.
Sentuhan Naqib tadi mendatangkan satu rasa yang baru. Nyaman, selamat dan dilindungi. Rasa disayangi.
Kepala berdenyut-denyut. Barangkali memberi amaran kepada otak agar tidak terlalu keras bekerja. Satu deheman terlepas keluar dari tekaknya. Tak disangka-sangka, tidur Naqid akan terganggu. Lelaki itu mencelikkan mata seraya bangkit mendekati si isteri.
"Kau dah sedar. Sekejap, aku tuangkan air." Naqid langsung tak kekok dalam bicara dan perilakunya sekali gus menyuntik sesuatu dalam sudut kamar hati Rifqi.
Entah kenapa, Rifqi seperti dipujuk bahawa suaminya ini sangat menyamankan. Berbeza dengan perwatakan lelaki itu sebelum ini. Dalam diam, Rifqi terfikir sendiri. Macam mana kalau suatu masa nanti, dia jatuh suka kepada jejaka ini?
Akankah sesuatu yang buruk berlaku?
Naqid yang sedang menuangkan air suam ke dalam gelas berdekatan dengannya dipandang lama. Mengapa aura lelaki ini terlalu luar biasa? Mengapa hati Rifqi seolah senang dengan kehadirannya sedangkan sebab apa Naqid mengangkat dia dalam satu akad pun masih belum jelas? Dalam masa yang sama, mengapa lelaki ini tampak terlalu ikhlas risaukan Rifqi?
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...