BAB 13

244 27 4
                                    

Rifqi memejamkan mata sedang dia bersandar pada kerusi kerja. Dia tak punya kekuatan hendak pulang ke rumah setelah ditinggalkan oleh N di litar lumba tadi. Hendak ke sini tadi pun, dia berjalan hingga ke jalan raya besar dan menahan teksi.

Tangan sendiri digenggam. Masih tersisa menggeletarnya sejak tadi. Meski detak jantungnya sudah semakin reda, debarnya tetap jua tersisa. Tautan mata N bermain-main di layar memori sendiri. Tidak dapat tidak, jari-jemarinya dibawa menyentuh luka yang baru. Luka itu sudah ditampalkan dengan plaster.

N... Sangat intoxicating. Meski tingkah lakunya sukar dijangka, pergerakan lelaki misteri itu sangat tersusun. Tutur bicaranya membuatkan Rifqi terasa sesuatu yang aneh dalam kamar hatinya. Ada apa dengan N dan jampi apa yang sudah N hembuskan padanya?

Tak semena-mena pintu pejabat terbuka tanpa ketukan. Meskipun terkejut Rifqi lebih cepat bertindak. Dia mencapai handgun yang tersisip di pinggang sebelum mencangkung di bawah meja. Debar datang lagi.

"Rifqi..." Dahi Rifqi berkerut seribu. Naqib Alauddin? "...kau kat mana?" Kedengaran suara Naqib bergema bersama nafas tercungap-cungap.
Anak mata Rifqi diliarkan dari bawah meja menuju ke pintu. Dari jenis kasut yang dipakai susuk itu dia yakin bahawa si lelaki adalah Inspektor Naqib Alauddin. "Kejap!"

Sejenak, langkah Naqib terhenti.

"Aku tak pakai tudung and my tudung is not here!" Dia berteriak menghalang Naqib dari terus mencari peluang memandangnya. Dari intaian bawah meja, Rifqi melihat kedua-dua belah kaki lelaki itu berpusing menghadap pintu. Rifqi ketap bibir rapat.

"I am facing the door right now." Naqib menjawab pantas. Nafasnya masih seperti orang yang baru lepas pulang dari maraton. Rifqi bangkit perlahan-lahan sementara pistol disimpan semula pada pinggangnya. Mata mengerling ke arah jam dinding berdekatan pintu. Pukul tiga pagi... Naqib datang cari dia?

"Kenapa kau dekat sini?" Rifqi bertanya senada. Dari belakang, dapat dia garap figura Naqib yang masih memakai persalinan lengkap seorang polis. Bahkan, rompi kalis peluru masih tersarung elok pada binaan badan yang sasa itu.

"Kau tanya kenapa aku cari kau dekat sini? Everyone is worrying about you Rifqi!" Suara Naqib memetir. Rifqi hanya mengetap bibir dan menyimpan rasanya dalam-dalam. Dia tahu, pihak PTK, bahkan pasukan yang berada di IPD Padang Selambak sudah tahu tentang apa yang terjadi.
Perancangan malam ini gagal dan Rifqi selaku mastermind dibawa lari oleh target mereka. Setelah itu, si profiler boleh pula tak pulang ke rumah terus melainkan melepak sendirian di IPD. Mana orang tak risau? Dahlah telefonnya sudah dibuang N awal-awal lagi.

"Aku cari kau dekat rumah. Nak tercabut jantung aku tengok kau tak ada, Qi." Naqib berkata-kata sambil menghadap dinding. Sekali pandang, sudah macam budak sekolah kena buli dengan cikgu disiplin pun ada. Bezanya tak ada budak kena denda yang naikkan suara dan bercekak pinggang macam ni.

Rifqi bisu tak membalas.

"Kau okey? Apa jadi? Semua unit risaukan kau, Qi. Nak putus nyawa aku dengar PTK khabarkan yang kau kena bawa lari dengan N tak guna tu. Apa dia dah buat dekat kau? Cakap dekat aku sekarang!" Naqib bertanya dalam persoalan yang bertali-temali.

"Unit bom dah jumpa bom di IPD PS?" Lain yang ditanya lain yang Rifqi jawab. Dia rasa tak perlupun semua orang nak risaukan dia. Dia baik-baik sahaja melainkan jantungnya saja berkelakuan kurang siuman sedikit.

"I am asking about you, Rifqi."

Keluhan keluar dari antara dua ulas bibir Rifqi. "Aku tak ada apa. N... dia tak buat apa pun dengan aku tadi." Rifqi masih berdalih. Pada benaknya, Naqib tidak perlu tahu apa yang jadi.

"Aku tak suka kau macam ni, Qi."

Rifqi tersentap. Apa maksud bicara dalam nada terkilan oleh Inspektor Naqib saat ini? Dia tak faham? Tak suka apa? "Apa yang kau tak suka, Uddin?"

NEVERMINE | EDITED VER [C]Where stories live. Discover now