BAB 27

216 24 1
                                    

"See?" bentak J memecah kesunyian.
Naqid hanya senyap. Dibiarkan si sahabat merenungnya sementara anak mata Naqid menikam lantai. Sudah lebih sejam berlalu sejak J menemui Naqid terbaring di lantai rumah lelaki itu. Kelam-kabut pasukan perubatan melakukan pembedahan kecil di ruang yang sama. Hampir-hampir sahaja mereka kehilangan Coccaine, ketua kepada pasukan di bawah organisasi keselamatan sulit di bawah kerajaan.

"Aku dah cakap, Rifqi tu something! Dari awal lagi kau dah tahu dialah Ma'am R tapi apa kau beritahu aku? Percayakan dia? Apa jadi dengan kepercayaan kau, Naqid?" J menghentam Naqid lagi dengan soalan yang bertubi-tubi.
Naqid tidak menjawab. Dia mati kata. Jujur, dia sendiri masih terkejut dengan perkara yang terjadi malam ini.

Semuanya terlalu tiba-tiba. Sedangkan sejak beberapa hari lepas, hubungannya dengan Rifqi semakin baik. Masakan setiap perilaku dan bait bicara mesra si isteri, tersirat penipuan dan pengkhianatan? Sungguh, hatinya bengkak tanpa dipinta. Otak menuduh manakala hati pula menidakkan. Adakah ini erti cinta itu buta dan membutakan?

"Kau terlalu berlembut dengan dia, Naqid. Kau benarkan dia korek maklumat dari kau sedangkan dia tu sangat meragukan. Berbaloi ke kepercayaan kau pada dia? Tengok apa dah jadi sekarang?"
Bam!

Naqid menumbuk meja kopi di hadapannya. Melihat pada urat-urat timbul di tangan berotot yang bahunya masih berbalut itu, tahulah J bahawa Naqid sedang menyimpan seribu satu rasa.
Naqid bangkit. Dia menapak mendekati J dan berdiri benar-benar di depannya. Dari jarak sedekat ini, J dapat melihat betapa anak mata itu berapi-api dengan amarah.

"Isteri aku tak salah. Keputusan aku untuk percayakan dia walaupun dua kali aku nampak dia dengan rambut palsu merah dia tu, bukan keputusan yang salah. Aku tahu dia terpaksa. Kau sendiri nampak betapa terdesaknya dia nak aku lepaskan kes berkaitan N sebab dia risau kalau ada apa-apa jadi pada orang sekeliling dia termasuk aku kan?"

J diam tidak membalas. Dari nada Naqid, dia tahu bahawa ada remang amarah dan risau. Amarah kerana musuh mereka berani mempergunakan Rifqi Hanania dan risau akan keberadaan dan keselamatan si isteri yang bagaikan dengan rela melangkah masuk ke sarang buaya.

"Sekarang ni tugas kita... lindungi apa yang kita ada dan dapatkan balik apa yang dia rampas. Walaupun perlu mati, jangan sampai hujung jari dia sampai pada Dayyan dan..." Naqid mengawal nafas yang berombak amarah. Kepercayaannya kepada Rifqi Hanania bukan dek buta kerana cinta. Dia tahu itu. Bukan Rifqi yang patut dipersalahkan tetapi pihak sebelah sana yang sudah melepasi batas kesabarannya.

"Isteri aku. Sejauh mana pun dia dilarikan dari aku, dia akan tetap kembali pada aku cause..." J yang menjadi saksi betapa gelapnya aura Naqid menelan liur. "...dia amanah aku and no one left alive whenever they messed with what's in my watch." Kedua-dua tapak tangan Naqid, terkepal hingga menggigil. Bahkan kuku sendiri seakan terbenam ke dalam kulit tapak tangannya. Foto suspek yang ditampal pada papan putih penyiasatan ditenung bagai hendak tembus. The beast inside him has been called.

"Sekarang apa perancangan kau, Qid?" J bertanya serius. Dalam organisasi sulit kerajaan yang mana kumpulannya diberi nama NSAID ini, dia adalah co-captain. Captain sebenar adalah si sahabat yang sedang duduk di sofa dalam keadaan kedua-dua tangannya disatukan. Berfikir dengan keras hingga urat-urat hijau di laman dahinya muncul.

"Insyirah dengan Dayyan macam mana? Any input from Mobic and Voltra?" Naqid mengangkat kepala menemukan pandangannya dengan sepasang mata co-captain NSAID. J berdehem sebentar sebelum menjawab.

"Insyirah dan Dayyan dah selamat dalam HQ. Pasukan lain tengah berjaga di sana," lapor J patuh.
Naqid mengangguk tanda mengerti. Sejujurnya sekarang dia belum tahu hendak memulakan langkah dari mana. Hendak dijejak si isteri, bahkan nombor peribadi Rifqi gagal dihubungi sejak sejam yang lepas.

NEVERMINE | EDITED VER [C]Where stories live. Discover now