BAB 19

227 24 0
                                    

"Tuan!" Rifqi merempuh masuk bilik Tuan J tanpa aba-aba. Tuan J yang sedang menelek laporan kes terbaharu menurunkan spek matanya lalu merenung Rifqi penuh kekeliruan.

"Saya nak minta tuan gugurkan Inspektor Naqib dari kes ni." Jelas-jelas Rifqi memberi kenyataan. Kaki dibawa melangkah hingga berdiri benar-benar di depan meja kerja Tuan J.

"Rac, not again."

"Tuan tengok apa jadi dekat dia, tuan? Lebam-lebam kena belasah. Dia pun satu suka sangat buat kerja sendiri dah kenapa?!" Rifqi bertanya tegas. Sengaja berpura-pura tidak tahu walaupun dia sendiri menjadi saksi peristiwa yang menjadi punca Naqib hadir ke balai dalam keadaan sebegitu.

"Bukan sama juga macam kamu? Suka buat semua benda sendiri?" bidas J sengaja hendak menduga.

"Geng OT bawah siasatan saya, tuan. Saya boleh handle sendiri. Dia tu baru lagi sebab tu terburu-buru."

Tuan J tertawa halus. Interkom ditekan selamba. "Inspektor Naqib, my office."

Rifqi tak beriak. Anak mata masih menikam Tuan J dengan aura ketegasannya. "Duduk Rifqi. Kita tunggu Inspektor Naqib. Dia ada laporan penuh." Tuan J menuding ke arah sofa tempat mereka selalu berbincang.

"Tuan." Rifqi menggeleng.

"Order." Mendengarkan sepatah perkataan itu, Rifqi duduk di tempat duduk yang menjadi tudingan J. Selang beberapa minit, Naqib masuk dengan salam. Melihat kehadiran Naqib, Tuan J juga melabuhkan duduk di tempat biasanya setiap kali mereka mengadakan perbincangan.

"Duduk," arah Tuan J. Naqib tak banyak soal. Dia duduk. Sekali dua anak mata jatuh ke arah si adik saudara yang tidak bereaksi terhadap kehadirannya.

"Report," tambah Tuan J. Naqib berdehem sebelum mengangguk.

"Dua hari lepas... since semalam saya cuti sakit. As you can see he result, saya kena serang hendap dengan geng OT."

"Macam mana kamu boleh berada di sana sendirian?" Tuan J bertanya ringkas.

Naqib menggigit bibir bawah sebelum menarik nafas untuk menjawab. "Saya dapat nota dari N. Jam 16:00, Jeti Kuala Belikang. Jual beli 12 cartons of ExFero."

"ExFero?" Tuan J bertanya lagi. Dahi berkerut hebat.

"Extra fentanyl combined with heroin. Drug sama kita jumpa pada S dulu," jawab Naqib yakin. Mata melirik lagi ke arah Rifqi. Senyumnya disimpan dalam-dalam. Teringat pula semalam, saat dia mengkhabarkan kepada Rifqi bahawa dia tidak dapat datang ke balai dek dia diserang hendap, sebakul amarah Rifqi menjadi jamahannya. Rifqi terus bertandang ke rumahnya. Menjaga dia dan Dayyan sekali gus.

Rifqi pula sibuk menahan debar di dada. Memastikan nafasnya teratur.

"Saya dapat nota tu jam dua petang. Everyone dah balik sebab half-day kan. Jadi saya decide untuk pergi seorang. As expected, memang ada jual beli ExFero dekat situ Tuan. Cuma..." Naqib berhenti dahulu. Dia menelan liur. "N tak ada. Ada seorang perempuan berambut merah gantikan dia. Mereka panggil dia ma'am."

"Ma'am of OT?"

Naqib mengangguk. Dia ada mendengar bahawa N mempunyai perempuan simpanan. Itupun dia korek maklumat dari pegawai atasan yang benar-benar tahu tentang kes OT. Kata mereka, buat masa ini semua pembeli dadah pukal dengan OT belum pernah bertemu dengan ma'am yang dimaksudkan tetapi para pembeli dadah sudah sedia maklum tentang perempuan simpanan N itu.

"Rifqi, any input? Correlate dengan apa-apa?"
Rifqi dipaksa keluar dari lamunanya seraya anak mata memandang Naqib dan Tuan J bergilir-gilir. Dia menggeleng perlahan.

"Saya tak pasti tapi saya rasa saya tak pernah dengar tentang ma'am ini dan dalam data kita masih negative, tuan."

"Menarik. Nanti saya nak Rifqi, awak buat profile tentang ma'am of OT ni. Naqib, awak rehat dulu. Hujung minggu ni kamu berdua cuti kan?"

NEVERMINE | EDITED VER [C]Where stories live. Discover now