"Ayyan, sit properly... nanti Aunty Rifqi cubit karang." Rifqi menegur Dayyan sementara dia baru hendak memacu kenderaannya keluar dari bahagian drive-thru.
"Sorry, aunty."
Tujuh hari sudah cukup membuatkan Rifqi menjadi rapat dengan Dayyan Nu'aim. Budak itu rupanya mudah rapat dengan orang walaupun jenis yang berat mulut. Kebanyakan masa, Dayyan hanya akan mengangguk dan menggeleng. Cakapnya sikit-sikit sahaja.
Awalnya Rifqi kekok juga tetapi lama-lama, dia sendiri yang tertawan dengan anak kecil itu. Ini semua berpunca salah Naqib. Naqib suka meninggalkan Dayyan di rumah sewa Rifqi sekali sekala atas alasan hendak keluar minum dengan kawannya dan tidak mahu pulang awal.
Apabila ada sahaja waktu lapang, Naqib gemar membawa Dayyan ke rumah sewa Rifqi. Ada masa, ditinggalkan terus untuk beberapa jam. Paling kerap, ditinggalkan semalaman dan selepas Subuh barulah Naqib akan menjemput Dayyan semula.
"Aunty, look at this. Cute kan?" Satu mainan jenis plushie yang Dayyan dapat dari pembelian Happy Meal di McDonald sebentar sahaja tadi ditunjukkan benar-benar di hadapan muka Rifqi.Rifqi hanya tertawa halus. Kenderaan diparkirkan di bahagian tepi McD. Hendak membetulkan tapi pinggang si kecil yang sudah terlepas ke belakang badan Dayyan.
"Iya... comel. Cuba duduk diam-diam, sayang. Kalau jatuh nanti macam mana?" Rifqi yang saat itu baru hendak memasang semula tali pinggang keledar kerusi Dayyan, menerima satu kucupan hangat di pipi sebelum Dayyan duduk dengan elok di kerusi penumpang.
Rifqi terpana sejenak sebelum bibirnya mekar dengan senyuman.
"Amboi, nakal ea. Aunty bagitau Uncle J suruh tangkap karang." Mendengar ugutan Rifqi beserta cubitan di hujung hidungnya, Dayyan tertawa besar. Dalam senyuman nipis yang Rifqi kulumkan buat Dayyan, ada simpati yang tersisa. Dayyan memang ada masalah percakapan dan intelek sedikit. Walaupun sudah enam tahun usianya, dia berkelakuan seperti setahun lebih muda. Kadang-kadang budak kecil itu akan terkena sawan namun tidaklah sawan yang terlalu teruk. Hanya jerking sahaja apabila datang triggering factornya.
Naqib beritahu, Dayyan ada penyakit. Bila Rifqi bertanya, Naqib cuma senyum dan tak membalas. Oleh itu, Rifqi sekadar angkat bahu tanda tidak mengapalah kalau Naqib belum bersedia. Tiada pesanan tambahan dari Naqib melainkan hanya menjaga Dayyan dengan penuh kasih sayang menandakan penyakit kanak-kanak kecil ini tidak boleh berjangkit. Itu pun... cuma tanggapan Rifqi buat masa ini.
Sementara Rifqi memandu meninggalkan perkarangan MacDonald, tangan Dayyan gatal membuka dashboard kereta Mercedes AMG E43 4MATIC yang baru seminggu lebih digunakan oleh Rifqi.
Malam dari tarikh dia menerima kereta Ferrari yang menjadi punca dia sakit kepala itu, satu lagi lori logistik muncul di hadapan pagar rumah. Kali ini si penghantar tak banyak bicara. Hanya saja kunci kereta diserahkan lalu berlalu tanpa perlu berlaku ketegangan seperti sebelumnya.
Sewaktu Rifqi hendak menyerahkan kunci kereta Ferrari SF 90 Stradale yang sudah seharian dalam pegangannya, si penghantar menggeleng dan berkata. 'Tuan empunya kata simpan je. Ada rezeki dia bagi balik Ferrari tu.'
Sedar bahawa kalau dia melawan sekali pun, tidak ada apa yang akan berubah dan mungkin N akan menjadi marah maka Rifqi diamkan sahaja. N tiada pula menelefonnya atau mengatakan apa-apa. Mungkin... N nak berikan dia masa.
"Ayyan, ya tuhan tangan tu please. Nak kena report dekat daddy ni." Rifqi menahan geram sedang tangan kiri hendak menutup dashboard yang terbuka. Sejenak irisnya tertancap pada kertas kecil seakan kertas yang selalu dia terima dari N.
Semerta darah menyerbu kepala.
'Ada nota?!'
Serta-merta dia menekan brek secara mengejut. Hon panjang dia terima dari kenderaan di belakangnya. Dengan debar yang menghuni dada, kertas nota diambil dan dibaca.
Instruction : CRACK THE CODE!
CODE 04 :
I'm not a piece of cake
For you to just discard
While you walk away
With the frosting of my heart
So I'm taking back
What's mine, you'll miss
The slice of heaven that I gave to you last night
I guess it's time for you to know me so...
My mark on your neck... followed by the letter that stand alone.
Here goes the third:
A cake wouldn't tasted better without frosting. So add on the second last letter before 'what's mine?'
Topped with the second before the whole line of sweetness drizzle.
Here goes the fifth:
The letter where your tongue stop!
Add on a syrup of a letter triple in capital.
How about a start of the night where we almost shared our breath and end it with whatever i gave?
It's the key. Till next call,
N.
"Till next call?" Keluhan berat dilepaskan. Badan disandarkan pada kerusi kereta penuh kelegaan. Pada perkiraannya, dia masih punya masa. Paling kurang sampai sekali lagi N menghubunginya melalui telefon. Dia berpaling pandang ke arah Dayyan. Anak mata Dayyan merenungnya lama bersama mata terkebil-kebil. Sedar kanak-kanak itu mungkin sedang ditambat keliru dan ketakutan maka Rifqi menggosok kepala Dayyan sekadar menenangkan kanak-kanak itu.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...