"Rifqi." Seruan U pada sahabat yang baru kini dikenal nama asalnya, hanya disambut bunyi halus dari penghawa dingin. Rifqi menoleh sejenak sebelum berpaling semula ke arah tingkap kaca wadnya.
"Kau tak nak izinkan Inspektor Naqid jenguk kau? Kesian dia..." Soalan sama yang diajukan oleh U malam tadi bergema lagi. Rifqi hanya diam tidak membalas. Jiwanya masih bercelaru.
U yang dalam diam menjadi kiriman Naqid untuk menemani wanita itu sejak semalam, mengunci mulut buat sementara waktu. Kalaulah Rifqi sudah sihat sepenuhnya, mahu saja dia jentik dahi wanita muda itu seterusnya memaksa Rifqi agar membuka pintu hatinya. Keadaan dah reda, suami pula sentiasa ada di balik pintu wad menjenguk sekali-sekala. Rifqi tunggu apa?
"Aku minta dia bagi aku masa sehari. I need time to at least digest everything, U. Kalau kau kat tempat aku apa kau rasa?" Rifqi membuka mulut setelah sejak sekian lama berdiam diri.
"Perasaan aku kucar-kacir sangat, U. Aku kahwin dengan abang kembar kepada abang saudara aku. Belum sempat aku terima kemunculan dia, aku dapat tahu ada sesuatu yang tak kena. Tak cukup dengan tu, abang saudara yang aku ingatkan dah mati, muncul balik bertopengkan penjenayah. Last-last, abang kandung aku rupanya penjenayah paling besar dalam kes aku sendiri. Kau boleh terima semua benda dalam satu hari?"
Sejak malam semalam lagi, tidak habis-habis Rifqi beri alasan dari membiarkan Naqid menemaninya. Bukan Rifqi tidak nampak bahawa sesekali... suaminya itu akan menjenguk dari luar pintu wad. Rifqi sengaja membutakan mata sedangkan dirinya sendiri menahan rasa.
"Sebab susah untuk kau terimalah... dia kena ada dekat sebelah kau. Fahamkan kau, tenangkan kau. Kau nak apa sekarang ni, Rifqi? Kau nak ada masalah lain tercetus baru kau nak terhegeh-hegeh cari dia? Kau sendiri tahu yang keadaan belum benar-benar reda lagi. Abang kau masih dalam interrogation dan N tu sendiri masih dirawat dalam bangunan yang sama dengan kau. Macam-macam boleh jadi, Qi."
Rifqi membalas tenungan U lama. Dahinya mula berkerunyut. Entah kenapa, mendengar bahawa Naqib masih ada di bangunan yang sama mendatangkan satu idea dalam benaknya.
Mungkin... dia perlu sudahkan apa-apa yang belum sudah.
"N masih dekat sini?"
Bagi soalan Rifqi yang itu, U mengangguk. Tanpa aba-aba, Rifqi mencabut cannula di belakang tapak tangan sebelum menyelak selimutnya hingga jatuh mencium lantai. U berdiri panik.
"Kau nak buat apa ni?"
Rifqi mencapai getah rambut di meja sisi katil lalu mengikat rambutnya kemas. Tudung sarung dia ambil dan sarungkan ke kepala.
"Wei!" halang U tanpa menyentuh Rifqi. Hendak ditegah dengan tangan karang tersilap di mana-mana, mati dia kena dengan Inspektor Naqid nanti.
"Bawa aku jumpa dia."
"Tak payahlah kau nak buat apa?" U menggaru belakang leher jenjangnya.
"Bawa jelah!"
"Tak payah!" Tidak dapat tidak, lengan Rifqi dipegang kejap oleh U.
Dalam masa yang sama, Naqid berkerut dahi merenung ke arah pergelutan di dalam wad. Tak semena-mena, bahunya terasa ditepuk dari belakang. Terpacul wajah J bersama senyuman manis menyapa padang pandangannya.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...