Rifqi membuang pandang ke luar tingkap. Dia membiarkan ruang kereta senyap sambil sesekali dia menguap. Mengantuk. Naqib pula memandu tanpa banyak bicara.
"Qi, kau suka warna apa?" Naqib tiba-tiba bertanya bagi memecahkan kesunyian. Rifqi menalakan kepala ke arah Naqib. Soalan ini...
"Kenapa?" Soalan sama dengan soalan yang N tanyakan kepadanya semalam. Entah kenapa Rifqi jadi teringat.
'Bold or soft colour'
"Yelah, kita nak pergi beli tudung banyak-banyak. Kenalah tahu kau suka warna apa, jenama apa, senang." Naqib menjawab seraya membelokkan stereng kereta.
"Jenama biasa-biasa je. Tudung shawl kain jersey. Warna gelap," jawab Rifqi ringkas.
"Kau ni dahlah kerja pun dah vibe-vibe gelap lepastu baju pun pakai gelap tudung tu at least warna-warnilah sikit." Ringan bibir Naqib membebel sementara tangannya menukarkan gear kenderaan kepada P.
"Malas." Rifqi menjawab sepatah. Enggan beralah.
"Okay, fine. Warna gelap, aku bagi kau ambil dua helai. Yang lain, ambil warna selain hitam dan seangkatan dengannya. Kalau nak baju juga ambil je. Alang-alang aku nak add on wardrobe juga... kau punya aku bayarkan." Naqib membuka kancing tali pinggang keledar lalu mencapai cermin mata hitam yang sejak tadi tersimpan di bahagian dashboard pemandu."Banyak sangat ke gaji inspektor sampai nak bayarkan barang aku?" Rifqi bertanya lagi. Sinis.
"Kan aku dah beritahu, Qi. Setakat makan pakai kau apalah sangat. Satu keturunan pun aku boleh supply. Jangan berkira-kira. Masuk dalam, nanti ambil je apa kau nak," ringan bibir Naqib membalas. Cermin mata sederhana besar disangkutkan ke pangkal hidung mancungnya. Mungkin dek cuaca yang mula memanas, wajah Naqib tampil kemerah-merahan.
"Kau bukan suami aku nak tolong bayarkan. Aku ada duit sendiri." Baru Rifqi hendak membuka kancing tali pinggang keledarnya, Naqib tiba-tiba mendekatkan wajah lelaki itu dengan wajahnya.
Rifqi menelan liur. Jarak hidungnya dengan kulit pipi Naqib tinggal seinci. Naqib berpaling muka ke arahnya. Membenarkan anak mata Rifqi melihat pantulannya sendiri dari sepasang cermin mata hitam Naqib. Degup jantungnya mula bertukar kencang sebaik pandangan jatuh ke bibir Naqib yang sedang tersenyum."Belum jadi suami lagi. Betulkan ayat tu... okey?" Sejenak, Naqib beralih. "Dah, jangan banyak bunyi. Duit banyak-banyak kena practice habiskan dekat bakal isteri." Meninggalkan Rifqi tercengang dek rasa terkejut yang masih tersisa, Naqib keluar dahulu bersama senyum yang belum pudar. Rifqi membuka kancing pinggang keledar lalu keluar menghampiri Naqib yang menanti. Gedung pakaian berjenama di hadapan mata ditenung.
"Jom." Naqib berjalan tegak menuju ke gedung berkenaan diikuti oleh Rifqi dari belakang. Mereka disambut dengan baik di pintu masuk.
Kurang sepuluh minit memilih, Naqib sudah mula membuat perangai lagi.
"Cik adik, kan Abang Uddin dah cakap warna gelap ambil dua je. Degil dia ni memang tak ada ubat ke apa?" Rifqi meniup kasar hujung awning tudungnya yang terjatuh dek dipukul perlahan oleh Naqib menggunakan hujung pen. Entah dari mana lelaki itu dapatkan pen pun dia tak tahu.
Intipatinya, Naqib Alauddin di hadapan Rifqi ini sumpah cerewet gila!
"Warna gelaplah senang nak matching. Aku mana ada banyak baju pun. Kau lelaki mana nak tahu." Naqib bercekak pinggang mendengar bicara Rifqi seraya menggeleng perlahan.
"Menjawab je kerjanya. Nasib belum jadi bini kalau tak, tahulah aku nak senyapkan bibir kau tu, Hana." Naqib berpaling sambil menahan senyum saat melihat reaksi Rifqi mengetap bibir dek tegurannya. Nampak benar riak terkesima dari seraut wajah Rifqi Hanania.
"Dah, warna biru gelap tu letak. Ambil kelabu gelap dengan coklat gelap je. Ikut aku." Naqib menolak cermin mata hitamnya ke atas lalu berjalan dahulu meninggalkan Rifqi sendirian. Terkedek-kedek Rifqi mengejar langkah si abang saudara.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...