∘°∘4∘°∘

7.5K 455 35
                                    

PAGI yang cerah, meningkatkan semangat Hana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI yang cerah, meningkatkan semangat Hana. Tanpa pengetahuan sesiapa dia keluar dari wad tersebut. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Langkah kaki diatur laju menuju ke kafe. Hari ini, langsung tiada kelas jadi dia merancang untuk kerja.

"Eh Hana? Tak ada kelas ke harini?" soal Aryan sambil membancuh kopi latte untuknya.

"Tak ada, Tuan Muda. Boleh tak Hana kerja hari ni?" balas Hana. Aryan hanya balas dengan anggukan.

Hana mengatur langkah menuju ke loker lalu apron diambil. Apron disarungkan ke tubuhnya lantas dia memulakan kerjanya. Meja dilap sehingga bersih lantas dia beralih ke dapur.

"Hana! Please take order for table number 10." laung Aryan. Hana angguk lalu menuju ke meja nombor 10. Meja yang agak tersembunyi dari pandang umum.

Pen dan kertas dipegang kemas menuju ke meja tersebut. Ziyyad membuka mask yang menutup sebahagian wajahnya apabila melihat kelibat Hana.

"Encik nak order apa ya?" soal Hana sambil memandang kertas yang dipegang. Ziyyad yang menundukkan wajahnya terus mendongak memandang Hana.

"Kau dah sihat ke hm? Kenapa keluar wad langsung tak bagitahu aku?" soal Ziyyad mendatar. Hana memegang jari jemarinya.

"S-saya.." tidak mampu kata-kata terluah dari mulut Hana apabila merasa renungan tajam dari Ziyyad. Ziyyad memegang tangan Hana yang berlapikkan handsock.

"Kan aku kata, jangan keluar wad selagi Anne tak suruh. Apa yang degil sangat ni? Kalau jadi apa-apa kat luar?" ujar Ziyyad seraya matanya merenung anak mata amber milik Hana.

Hana diam dan kakinya seakan-akan terpaku kemas dihadapan Ziyyad. Ziyyad bangkit lalu menarik tangan Hana yang berlapikkan handsock keluar dari kafe tersebut.

"Encik nak bawa saya pergi mana ni? Saya ada kerja nak buat kalau saya sesuka hati keluar macam ni, gaji saya kena potong—" luah Hana membuatkan langkah Ziyyad terhenti.

"Aku ada belikan sesuatu untuk kau, jangan risaulah Aryan tu takkan potong gaji kau. Dia takkan berani punya—" ujar Ziyyad.

Pintu kereta dikuak luas sebelum sejambak bunga daisy dikeluarkan dari tempat duduk penumpang. Jambakkan bunga daisy tersebut diserahkan pada Hana.

"Ini untuk kau, ambillah. Kau tak boleh tolak sebab kalau kau tolak aku bawa kau pergi pejabat agama," ugut Ziyyad. Memang itu sahaja ugutan yang berlegar di mindanya.

"Ish! Itu je ugutan awak. Saya dengan awak ni bukan siapa-siapa. Kenal awak pun tak, inikan pula nak kahwin dengan awak. Memang taklah," balas Hana yakin.

Ziyyad hanya memandang Hana tajam. Renungan mata kelabu itu tepat menikam iris mata amber milik Hana. Tiada balasan pun yang keluar dari bibirnya.

"I will make you fall in love with me, daisy." bisik hatinya sendiri.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now