∘°∘52∘°∘

2.5K 213 12
                                    

HANA duduk mendiamkan dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA duduk mendiamkan dirinya. Pelik sungguh dia dengan perangai suaminya harini. Tiba-tiba jadi introvert pula, sedangkan dia yang hyper selalunya. Usai subuh tadi, Ziyyad terus beralih ke dapur.

"Aku ada buat salah ke? Sedangkan semalam okey je pun dia. Tiba-tiba dari extrovert berubah jadi introvert dalam masa sekelip mata! Pelik suami aku ni." bebelnya sendiri. Dan dia tidak sedar yang Ziyyad dengar dia membebel.

Hana mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Dapat dia lihat Ziyyad ralit melihat kartun di televisyen. Dia ingat kartun apa rupanya Didi and Friends! Lawaklah suami dia ni.

Langkah kaki diatur melangkah ke arah ruang tamu, mendekati suaminya. Punggung dihenyakkan diruang kosong sebelah Ziyyad, namun Ziyyad malah menjauhi dirinya. Semakin dia mendekati Ziyyad, semakin jauh suaminya.

Hana pantas memaut tangan Ziyyad. Ziyyad melihat tangan isterinya. Entahlah mood dia harini nak merajuk pula!

"Abang.." panggil Hana. Namun tidak berjawapan. Geram dia dengan suaminya ni!

"Hm.." dengus Ziyyad. Hana seperti mahu cubit saja sixpack yang terdedah tu. Orang panggil dia jawab hm saja?! Dengusnya. Dia pula geram.

Sabar Hana, sabar..

"Abang.. merajuk ke?" soal Hana. Matanya memandang Ziyyad, cubaan ingin membuat eye contact dengan lelaki itu, namun Ziyyad sedaya upaya mengelak.

"Taklah, nak merajuk buat apa? Kau bukannya sayang aku pun." jawabnya. Pelik Hana, tiba-tiba panggilannya berubah.

'Mungkin suami aku ni kena sampuk gamaknya.' bisik hatinya.

"Hana sayang abanglah.. abang please.." pujuk Hana. Dah nak berbuih mulut ni dia pujuk Ziyyad namun tiada sebaris senyuman pun dia lihat.

Istighfar meniti di bibir. Sungguh dia geram dengan perlakuan Ziyyad. Dah lah dia tengah mengandung sekarang. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mood laki dia pula yang swing! Dengusnya.

"Okey fine. Aku merajuk. Aku merajuk banyak dengan kau." kening Hana bertaut tatkala mendengar bicara itu. Pelik semacam suaminya ni. Nak kata demam, elok je layan kartun kat sini.

"Hana mana ada buat salah apa kat abang.." jelas Hana pertahankan dirinya. Memang benar dia tidak melakukan salah. Atau dalam tanpa dia sedar, sebenarnya dia ada salah? Hati berbicara.

"Dahlah, kau taknak pujuk aku pun." baru saja Ziyyad berura-ura ingin bangun, terasa tangan isterinya menarik kuat pergelangannya hingga dia terduduk.

'Boleh tahan kuat juga mak buyung ni.' dengusnya sendiri.

"Abang nak Hana pujuk macam mana? Hana bukannya pandai pujuk orang." jelas Hana. Selalu pun bukan dia yang pujuk Ziyyad, alih-alih suaminya pujuk diri sendiri. Nak buat macam mana? Dia tak tahu cara nak pujuk Ziyyad. Lagi satu, Ziyyad bukan seorang yang gemarkan hadiah.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now