∘°∘53∘°∘

2.9K 190 12
                                    

BEBERAPA hari kemudian, Hana tidak lagi melihat atau merasa gangguan dari makhluk halus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEBERAPA hari kemudian, Hana tidak lagi melihat atau merasa gangguan dari makhluk halus. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah membantunya. Hana termenung duduk di permaidani.

"Sayang.. esok abang kena pergi outstation dekat Sabah. Dalam seminggu macam tu. Sayang nak ikut?" pelawanya. Hana pusing kepala, pandang suaminya yang kini duduk bersila di tepinya.

"Taknaklah.. nanti bukannya boleh buat apa pun, dalam keadaan mengandung ni, nak gerak pun susah. Nanti sayang susahkan abang je." ujarnya perlahan.

"Daisy.. daisy tak pernah susahkan abang. Biarlah kalau susah nak gerak, kan abang ada? Nanti abang bawalah sayang kemana pun sayang nak." balasnya senada.

Sebenarnya sudah lama dia ingin membawa Hana ke Sabah, sebab dia tahu betapa gemarnya isterinya pada negeri di bawah bayu itu.

"Tapi kalau susahkan abang macam mana? Abang pergi Sabah tu kan outstation. Kan abang nak kerja tu. Nanti kehadiran Hana menganggu abang kerja pula." ucap Hana. Bukan menolak, cuma dia tidak mahu susahkan suaminya.

"Tak.. abang tak pernah anggap kehadiran daisy ni menyusahkan abang. Kalau abang kerja, daisy pergilah keluar dengan Umai. Dia pun ada kat sana nanti. Selagi abang masih bernafas, abang nak sangat buat isteri abang tersenyum selalu." jawabnya lembut.

"Betul ni tak susahkan abang?"

"Betul sayang abang. Sejak bila saja isteri abang ni menyusahkan abang? Tak pernah sama sekali."

Hana tersenyum manis. Kepala dilentokkan di bahu Ziyyad. Dia biarkan sahaja tangan Ziyyad mengusap perut bulatnya.

"Kalau macam tu, Hana nak pergi packing bajulah! Hana tak sabar nak ikut abang pergi Sabah. Suka sangat-sangat!" teruja nadanya. Laju dia bangkit dari duduk membuatkan Ziyyad terkejut.

"Sabar sayang, perlahan-lahan gerak tu. Kenapa clumsy sangat ni hm?"

"Sebab orang nak pergi packing bajulah. Abang ni.."

"Tak perlu.. sebab abang dah packing dah pun. Abang dah siap packing pun sebelum abang tanya isteri abang ni nak ikut ke tak." selamba Ziyyad berbicara.

"Abang ni.. suka macam ni tau? Abang ni kenapa tak bagitau Hana? Abang ni.." terhenti bicaranya apabila jari telunjuk Ziyyad melekap di bibir merahnya.

"Abang ni.. abang ni.. abang sengaja taknak bagitau isteri abang sebab nak buat suprise. Bukannya abang tak tahu yang sayang suka sangat suprise kan?" anggukan laju diberikan.

"Comel lah sayang abang ni. Geram betul dengan pipi gebu dia ni!" habis pipi Hana dicuit-cuit. Hingga pipi itu memerah.

Hana pandang Ziyyad, pandangan mereka bersabung. Pantas, dia mendekati Ziyyad lalu menggigit kuat dada bidang suaminya yang terhidang di depan mata.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now