∘°∘34∘°∘

4.8K 267 14
                                    

Song : Bersamamu by Jaz

CAHAYA matahari yang menerobos masuk ke dalam kelopak mata menyebabkan dia tersedar dari lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAHAYA matahari yang menerobos masuk ke dalam kelopak mata menyebabkan dia tersedar dari lenanya. Tangan naik menggosok mata sebelum pandangan dialihkan ke ruang sebelah.

Kosong.

"Sayang," panggilnya namun tidak bersahutan. Langkah kaki diatur menuju ke kamar mandi terlebih dahulu. Usai mencuci muka, dia atur langkah menuju ke ruang bawah. Sehingga kini, kelibat isterinya langsung tidak menyapa sistem penglihatannya.

Terukir satu senyuman pada wajahnya apabila melihat gadis kesayangannya sedang duduk di kerusi yang ada di taman dengan baju tidurnya. Kelihatan, di tangan Hana ada sekuntum bunga daisy.

"You woke up too early, sayang." bisiknya dengan suara serak basahnya menyapa pelupuk pendengaran Hana. Tangan dilingkarkan pada leher isterinya lalu dia kucup tepi dahi itu. Terkebil-kebil Hana dibuatnya, jantung mengepam darah dengan laju.

Hana diamkan dirinya, matanya masih ralit memandang bunga daisy tersebut. Ziyyad henyakkan punggung di ruang kosong sebelah Hana.

"Sayang, hujung minggu ni abang nak bawa sayang pergi Kelantan. Mama kata, Tok Ma nak jumpa menantu-menantu dia." ujarnya, tangannya menggenggam pergelangan tangan Hana.

"Kelantan? Sounds good. Hana dah lama teringin nak pergi Kelantan, cuma tak ada masa. Mesti ada banyak ayam kan abang? Nanti kita tangkap ayam nak sama-sama nak?" teruja nadanya, bunga daisy yang berada di tangan terbang ke arah lain.

Kenapalah dalam banyak-banyak benda ayam juga nak di tangkap? Sudahlah dia ada trauma dengan ayam. Ingat manusia je mainkan hati dan perasaan, ayam pun kenakan dia.

"Kenapa nak tangkap ayam?"

"Yelah, nanti kita tangkap lepas tu kita goreng dia! Sedap-sedap!"

"Nanti kita tangkap ayam tu sama-sama tau! Nanti abang kepung, sayang tangkap!"

"Pandai abang!! Tak sabar pula nak tangkap ayam dengan abang. Mesti abang lari laju kan?!" teruja sungguh nadanya berbicara. Dia dapat rasa yang Ziyyad banyak membuat dirinya tersenyum.

"Mestilah abang lari laju. Nanti abang nak tangkap ayam, lepastu abang nak tangkap isteri abang pula. Abang nak simpan isteri abang dalam hati, biar abang je yang nampak dia." balasnya teruja. Cukup teruja.

Dia perlu memberi 'same energy' kepada isterinya. Kerana itulah yang akan membuat isterinya tersenyum. Sama-sama melengkapi, sama-sama layan karenah masing-masing.

'Mesti comel kan sayang abang masa tu?' gumamnya sendiri, seraya termenung. Memikirkan Hana Kayyisa.

Tangan ditepuk dengan gemuruh. Teruja betul bila cakap ajak nak balik kampung. Senyumannya diukir teruja hingga matanya tertutup.

"Abang.. akan buat apa saja, asalkan isteri abang yang satu ni sentiasa tersenyum manis. Manis bagaikan madu," matanya tertancap pada rantai yang dipakai Hana. Ukiran rantai ini.. dia pernah lihat. Perasaan itu dia abaikan saja, senyuman tipis diukir.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now