∘°∘19∘°∘

7.1K 354 20
                                    

╭── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╮
Song : A Thousand Years by James Arthur
╰── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╯

ZIYYAD menolak kerusi roda Hana menuju keluar dari wad tersebut, suka dia melihat wajah Hana asyik tersenyum dari tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZIYYAD menolak kerusi roda Hana menuju keluar dari wad tersebut, suka dia melihat wajah Hana asyik tersenyum dari tadi. Cukup membuatkan hati jejaka itu menjerit bahagia. Senyuman saja mudah terukir bila dia bersama dengan Hana. Benarlah, kehadiran gadis itu menjadi penyeri hidupnya.

"Hana suka pantai kan? Because, it seems like a theraphy to you."

"Suka! Saya suka sangat pergi pantai, sebab nak tengok sunset. Awak suka sunset?"

"Tak, sebab aku suka kau."

Dug!

Jantung Hana berdegup dengan pantas langsung tidak selari dengan tempo. Pandangan dialihkan memandang langit, jika lama-lama dia menatap senyuman Ziyyad boleh melemah segala otot sendi.

"Siapa saya pada awak, Ziyyad? Kenapa layanan yang awak berikan serupa seperti saya ni isteri awak?" soal Hana, matanya menatap ke dalam anak mata Ziyyad. Bibir diketap rapat. Ziyyad termangu seketika mendengar soalan Hana.

"Hana Kayyisa, my future wife and my daisy till the end of my breath. You will always be the one and the last." balas Ziyyad lembut. Ingin sahaja dia memegang pipi itu, agar membuatkan Hana memandang terus ke matanya. Tetapi, sabar!

"Awak serius ke nak jadikan saya ni isteri awak? Awak tak kisah kalau saya ni menyusahkan awak? Saya ni dah lumpuh, tak boleh berjalan. Bagi saya, awak batalkan saja niat awak jika awak nak lamar saya. Saya tak sempurna, Ziyyad.." lirih nadanya membicarakan ayat itu. Bibir diketap rapat agar esakan tidak terbit.

Ziyyad diam sekejap, dia cuba memahami tiap bait kata-kata yang dilontarkan Hana. Dia yakin, ini jalannya. Dia yakin Hana adalah jodohnya yang ditetapkan 50,000 tahun lalu. Dia yakin, Hana adalah tulang rusuknya.

"Hana Kayyisa, I choose you. And I'll choose you, over and over and over. Without pause, without a doubt, in a heartbeat. I'll keep choosing you." luahnya. Dia sanggup, jika dia perlu menjadi kaki untuk gadis kesayangannya.

"But.. i'm not perfect enough for you. I make mistakes. I have jealousy issues plus trust issues. I can be moody sometimes. Do you still want me to be your wife?" soal Hana inginkan kepastian, tidak mahulah hubungan yang dibina setakat setengah jalan. Bak kata pepatah, disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.

"Everyone makes mistakes, daisy. Me too. I'm also have jealousy issues but I still can control it. I will be more clingy with someone that I comfortable without you know. And, I will still stick to my decision." jujur Ziyyad.

Ziyyad menundukkan tubuhnya, melutut di atas pasir. Matanya memandang, menikam anak mata Hana. Sebuah kotak baldu berwarna merah dikeluarkan dari dalam kocek seluarnya. Hana kaku tanpa sebarang reaksi. Benarkah, dia sedang dilamar? Atau ini hanya mimpi semata-mata? Desisnya.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now