∘°∘42∘°∘

3.3K 214 17
                                    

SEDAR tak sedar, sudah hampir tiga bulan dia kembali kuliah seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEDAR tak sedar, sudah hampir tiga bulan dia kembali kuliah seperti biasa. Dan pengajiannya bakal tamat lagi sebulan dari sekarang. Kini, dia sedang berada di dewan kuliah sambil mendengar bicara Madam Flora.

Pencil IPad dimainkan di celah jarinya, sebelum diletakkan kembali atas meja. Matanya beralih pada Rayna yang sibuk mencatit apa yang dibicarakan oleh Madam Flora.

"Hana, are you okay? Why you don't pay attention to what I'm talking right now?" soal Madam Flora sedikit tegas.

"I'm okay, Madam." pintanya sebelum melabuhkan punggung kembali di atas kerusi. Rayna kerling sekilas ke arah temannya, lain macam perangai minah ni hari ni.

Selesai saja tamat kuliah, Rayna memutuskan untuk membawa Hana keluar ke kafe sebentar. Mujur Ziyyad memberi keizinan kepada mereka berdua.

Hana menghirup Ice Latte yang dipesannya, sesekali matanya meliar memandang segenap kawasan kafe tersebut. Itu adalah kafe Aryan, tempat dia pernah bekerja dulu.

"Kau okay tak ni? Aku perasan sejak dua menjak ni kau asyik termenung," tegur Rayna, seraya menghirup orange juice yang dipesan.

"Aku okay, cuma lately ni badan aku cepat penat. I don't know why." ulas bibir merahnya, Rayna tersenyum tipis. Dia mengatur langkah mendekati Hana, lalu melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

"Kau kurang rehat ni, boleh tak lepas ni jangan stres sangat dengan assignment? Kalau kau tak kisahkan diri kau pun, at least kesiankan suami kau. Dia tak suka tengok kau stres macam ni, Hana." pujuk Rayna lembut. Hana hanya diam membisu.

"Ray, aku balik dulu. Nanti suami aku balik, aku tak ada kat rumah apa pula kata dia? Bye," pamitnya, Rayna hanya mengulum senyuman manis.

Hana mengatur langkah menuju ke kereta milik suaminya yang diberi pinjam. Semenjak dua menjak ini, Ziyyad selalu balik lewat. Dia rindukan suaminya. Kini, Ziyyad balik hanya ketika Hana sudah lena.

Dia kecewa, tapi bukan dengan Ziyyad. Namun dengan dirinya sendiri. Pelipis dahi diurut sekilas, enjin dihidupkan. Hana memandu Audi RS7 itu menuju ke mansion mereka. Pening mulai menyerang dirinya, namun dia gagahi juga untuk terus memandu.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

TIBA sahaja di depan mansion, senyuman pada bibirnya automatik terukir apabila melihat kereta Lamborghini Aventador berwarna hitam metalik itu terparkir kemas di garaj. Namun hanya sementara, saja senyuman itu kekal.

"Macam mana kalau dia tak guna kereta pergi office? Kalau guna motorbike?" keluhnya, mata diliarkan memandang kawasan garaj.

Keluhan berat terlepas dari bibir mungilnya, apabila melihat motorbike suaminya tiada terparkir. Dengan lemahnya, enjin dimatikan. Pintu kereta dikuak luas lalu dia menuju masuk ke dalam mansion.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now