∘°∘49∘°∘

2.7K 177 5
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU KEMUDIAN...

Ziyyad masih setia menunggu Hana di hadapan pintu rumah mereka. Tangan dicekakkan di pinggang, runsing dirinya memikirkan keberadaan Hana. Ini kali pertama Hana langsung tak update keberadaannya pada Ziyyad. Mujur keadaan isterinya sudah beransur pulih.

"Ya Allah, mana pula isteri aku ni? Call banyak kali langsung tak angkat." bisik hatinya sendiri. Nombor Hana didail berulang kali, namun sia-sia apabila panggilan tersebut hanya masuk voicemail.

Dia cuba lagi call Hana. Sudahlah dirinya terpaksa batalkan meeting dengan Shah's Holdings sebab risau dengan isterinya. Dari pukul 1 tengahari sampai pukul 5 petang langsung tiada mesej atau call daripada Hana.

Pangkal hidung dipicit beberapa kali, pening tiba-tiba menyerang dirinya. Mana taknya, dia langsung tak makan sebab risaukan Hana.

"Ya Allah, lindungilah isteriku walau dimana pun dirinya berada." pintanya pada Yang Maha Esa. Tahap risau Ziyyad sampai sanggup dia duduk depan pintu. Tunggu Hana balik.

Beberapa minit kemudian, jelas matanya dapat lihat kereta Rayna parking depan rumahnya. Dia perhatikan saja Hana keluar dari kereta Rayna. Senyuman manis terukir jelas pada wajah isterinya. Butang pada remote ditekan dan pagar terbuka luas.

Tangan disilangkan di dada. Tengok senyuman Hana, ibarat air yang menyiram api kemarahan di hatinya. Dia tidak begitu marah, cuma risau dengan Hana.

"Kenapa abang call banyak kali langsung tak angkat? Hana pergi mana?" soalnya mendatar. Dia berdiri depan pintu seolah-olah tidak membenarkan Hana masuk.

Hana tahu apabila Ziyyad sudah memanggilnya menggunakan nama bermaksud jejaka itu benar marah padanya. Silapnya juga kerana langsung tidak peka dengan panggilan Ziyyad. Tapi nak buat macam mana, masa nak call balik phone dia habis bateri.

Dia langsung tidak jawab pertanyaan Ziyyad. Matanya menekur ke bawah memandang lantai marmar. Mode serius Ziyyad buat dirinya takut.

"Abang tanya ni kan. Kenapa diam? Sayang buat abang risau tau. I've called you so many times and you didn't answer all of my calls." datar suaranya. Dia perhatikan saja reaksi isterinya. Dengan mata berkaca-kaca memang tak lama lagi banjir rumahnya.

"Hana lupa nak bawa powerbank tadi. Lepas tu phone Hana habis bateri. Lagipun Hana bukan pergi mana-mana. Hana kan keluar dengan Rayna je." jawabnya. Tapi mata masing pandang lantai. Tidak berani dia bertentang mata dengan Ziyyad.

Nafas ditarik seketika. Ni kalau dia tinggi suara tadi memang dah pecah empangan air mata tu. Ziyyad mendekati Hana, lantas dagu isterinya diangkat sedikit agar mata mereka saling bertentang.

"Abang tahu sayang keluar dengan Rayna, but please don't be careless next time. Lainkali bawa sedia powerbank tu. Abang call banyak kali tapi sayang langsung tak jawab. Abang risau sampai abang sanggup batalkan meeting." jelasnya. Air mata Hana yang mengalir dikesat lembut.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now