∘°∘21∘°∘

7.6K 341 7
                                    

PENGGERA loceng pada telefon Ziyyad berdering kuat, Ziyyad tenyeh kasar matanya sebelum berpaling ke arah Hana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PENGGERA loceng pada telefon Ziyyad berdering kuat, Ziyyad tenyeh kasar matanya sebelum berpaling ke arah Hana. Jam menunjukkan pukul 7 pagi, tatkala mata terbuka luas bagaikan ada sesuatu membuatkan dirinya mengukir senyum.

"Did you sleep too comfort between my arms, sayang?" bisik Ziyyad lembut pada pelupuk pendengaran isterinya. Dia tahu isterinya sudah tersedar dari lenanya. Tangan Hana yang membaluti pinggang Ziyyad digenggam erat. Nyenyak sangat tidur ni!

Hana terkaku tanpa reaksi, dia bagaikan malu dengan dirinya sendiri. Apa punya perangai! Tangan cuba dialihkan namun pegangan Ziyyad semakin kuat. Ziyyad mengukir senyum tipis, bunga-bunga senyum berkembang mekar di bibirnya.

"Awak.. lepas boleh? Saya dah terlajak ni, belum solat subuh lagi." jujur Hana, membuatkan Ziyyad kembali berlayar di alam realiti. Telefon yang berdering diambil. Bagaikan panggilan itu menyelamatkan dirinya dari disoal Hana.

"Sayang tunggu sini ya? Abang panggilkan Anne minta tolong sayang. Abang ada hal kejap, tengahari baru balik sini. Okay?" tipu Ziyyad, padahal dia ingin mengelak dari disoal Hana.

Dia.. sejujurnya sudah lama tinggalkan ibadah itu. Sedangkan dulu, dia dan Zayyad terlalu gemar ke masjid demi mengimarahkan masjid. Tapi itu dulu, berbeza dengan dirinya yang sekarang.

"Awak tak boleh tolong saya? Kan awak dah halal untuk sentuh saya? Kenapa Ziyyad?" bisik Hana lemah, dia tidak tahu susur galur Ziyyad.

Dia tidak tahu apa yang dilakukan Ziyyad di masa lalu. Adakah jejaka itu tidak solat? Segera dia tepis sangkaan buruk itu. Kerana dia tahu, dia bukanlah Tuhan. Tidak layak untuk menghukum kerana dia juga tahu, dirinya sendiri juga seorang pendosa. Tiada yang sempurna melainkan nabi Muhammad SAW.

Langkah Ziyyad bagaikan terpasak di bumi, apabila telinganya sempat menangkap bicara isterinya sebelum pintu wad tertutup rapat. Sebak berkunjung ke dada. Maafkan abang sayang, abang bukan lelaki baik untuk sayang. Desis hatinya.

Sejurus itu, Anne masuk ke dalam wad Hana dan membantu gadis itu seperti biasa. Memang itu sudah menjadi rutinnya, lagipula dapat pahala membantu manusia yang memerlukan. Hana hanya ukir senyuman tipis. Dia menunaikan solat, dan terus memandang jari jemarinya. Jari jemari itu disulam antara satu sama lain.

"Hana okay harini? Sebab Anne tengok wajah Hana muram je, ada masalah ke?" soal Anne, punggung dihenyakkan di ruang kosong sebelah katil Hana. Hana memandang ke arah Anne. Bening matanya terasa basah.

"Hana okay, tak adalah muram. Mungkin Anne salah nampak kut. Biasalah, Hana baru bangun tidur kan. Enjin tak panas lagi," seloroh Hana, membuatkan tawa Anne meledak di ruang udara. Apa dia ingat kereta ke nak enjin panas? Anne geleng kepalanya. Ada saja telatah isteri Ziyyad ni.

"Anne, lagi seminggu Hana dah boleh keluar dari hospital kan? Yay! Freedom!" jerit Hana tiba-tiba. Anne memandang pelik wajah Hana, apa yang freedomnya?

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now