∘°∘7∘°∘

7K 380 7
                                    

HANA terbangun dari lenanya apabila mimpi buruk itu kembali menghantui dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA terbangun dari lenanya apabila mimpi buruk itu kembali menghantui dirinya. Mimpi dimana mahkotanya hampir diragut oleh lelaki yang tidak halal untuknya. Seluruh wajah terasa dibasahi dengan keringat.

"Astaghfirullahalazim.."

Dada diurut perlahan. Nafas sedaya upaya diatur semampu yang mungkin. Hana palingkan wajah memandang jam. Walaupun baru pukul 4 pagi, langkah kaki diatur menuju ke kamar mandi. Usai membersihkan diri, dia menyarungkan pakaiannya ke tubuh.

"Dah sebulan.. sebulan aku tak nampak batang hidung dia langsung. Rupanya, dia memang maksudkan apa yang dia cakap. Kau dengan dia berbeza, Hana." omelnya sendiri. Terasa hati mulai mencetuskan rasa rindu kepada jejaka itu. Jiwanya bagai dirobek apabila mengingat memorinya dengan Ziyyad.

Hana bersiap-siap hendak menuju ke kelas. Totebag dan beg galas diambil lalu disangkutkan ke tubuh. Langkah kaki diatur kemas menuju ke pintu. Terbuka saja pintu, ada bungkusan hitam di kawasan luar rumahnya.

"Siapa pula yang bagi ni? Rasanya aku tak ada order barang. Buka jelah, mungkin rezeki kut." bicara Hana sendiri. Bungkusan tadi diambil lalu dibawa ke meja yang ada di kawasan luar rumahnya.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelum tangannya lincah membuka reben berwarna merah. Hatinya terasa ingin tahu dengan bungkusan misteri ini. Namun, jangkaannya silap.

"Argh! Astaghfirullahalazim—" tersentak perlakuan Hana apabila melihat bangkai tikus dilumuri darah di dalam kotak tersebut. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup untuk beberapa saat. Dada diurut perlahan. Rasa takut menyebulungi dirinya.

Pandangan diliarkan ke seluruh kawasan luar. Peliknya, tiada sesiapa yang lalu lalang. Langkah kaki diatur laju menuju ke tong sampah sebelum kotak tadi dibuang. Matanya tertancap pula pada nota yang diselitkan di tepi pagar.

"Do you like that present, sweetheart? It's our greeting present before you become mine. I love you, sweetheart."

Kertas tadi dikeronyokkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Hana mengatur langkah laju ke luar rumah. Walaupun jantungnya berdegup kencang, Hana gagahi juga untuk pergi ke tempat kerja. Seluruh tubuhnya terasa berpeluh. Rumah sewa itu bukan lagi tempat selamat untuknya.

"Lari sejauh mana pun, kau tetap milik aku. Takkan ada yang boleh rampas kau dari aku. Selamanya kau milik aku." bisiknya apabila melihat wajah takut Hana. Senyuman sinis diherotkan pada bibir. Dia obses! Obses dengan gadis bernama Hana Kayyisa.

[⋆✿⋆]

HANA mengatur langkah masuk ke dalam kafe. Berulang kali dari tadi matanya asyik menoleh ke belakang. Naluri hatinya kuat mengatakan ada seseorang mengikutinya. Keringat membasahi tubuh. Dada terasa sesak.

"Hana.. Hana okay ke tidak ni? Kenapa berpeluh-peluh ni? Baru lepas jogging ke—" berdas-das soalan ditujukan Aryan kepada Hana. Hana diam tanpa ada niat mahu membalas.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now