∘°∘57∘°∘

3.4K 152 16
                                    

LANGKAH kaki diatur menuju ke keretanya yang terletak di parking

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH kaki diatur menuju ke keretanya yang terletak di parking. Dia langsung tidak sedar yang dari tadi langkahnya diikuti seseorang. Walaupun rasa khawatir tiba-tiba menjengah hatinya, tetap saja dia masuk ke dalam kereta.

Ziyyad memulakan panduannya menuju ke rumahnya. Dia cuma ingin mengambil beberapa benda penting. Pemanduan diteruskan menuju ke destinasinya. Namun..

"Kenapa brake tiba-tiba tak makan pula ni?" Ziyyad cuba menenangkan dirinya. Brake ditekan beberapa kali. Stereng masih berada dalam kawalannya.

Dia masih cuba mengawal sterengnya. Dirinya mulai risau saat melihat ada lori bertentangan arah menghampirinya.

"ALLAHUAKBAR!"

Jeritannya bergema mengisi seluruh kawasan kereta. Stereng dipusing ke kanan hingga kereta yang dipandunya akhirnya bertembung dengan pokok besar ditepi jalan.

BUK!!

BAM!!

Kepalanya terhentak kuat pada stereng. Asap mulai berkepul-kepul keluar dari bonet depan keretanya. Darah mengalir membasahi seluruh tubuhnya.

"Ma-Maafkan a-abang, Ha-Hana." bicaranya buat kali terakhir sebelum dia rebah. Tubuhnya sudah dibanjiri dengan darah.

"Ada accident! Call ambulans cepat!" orang ramai mulai berpusu-pusu mendekati kawasan itu. Sebaik sahaja ambulans tiba, tubuh Ziyyad dipapah menuju ke strecher yang disediakan.

Salah seorang mengambil telefon Ziyyad untuk menelefon waris keluarganya. Dia tadi pantas menekan nombor waris keluarga Ziyyad yang disangka isterinya. Padahal itu adalah nombor Tengku Farah.

"Assalammualaikum, ini isteri kepada Ziyyad ke?" soalnya. Dia tahu nama Ziyyad melalui business card yang ada di casing phone Ziyyad.

"Waalaikumussalam, bukan. Saya ibu kepada Ziyyad. Siapa cik ya? Kenapa call saya guna nombor anak saya?" soal Tengku Farah. Dia ingin tahu. Rasa curiga menghurungi hatinya apabila mendengar suara perempuan.

"Anak puan terlibat dalam kemalangan. Sekarang ambulans sedang membawa anak puan ke hospital." jelasnya di dalam talian.

BUK!

Telefon Tengku Farah terlepas dari pegangannya apabila mendengar berita pahit tentang Ziyyad. Lemah seluruh lututnya. Tuan Raiz yang melihat perubahan wajah Tengku Farah segera menghampiri wanita itu.

"Kenapa mama? Siapa call tadi?" soal Tuan Raiz. Dia terus membawa isterinya duduk di sofa.

"Zi-Ziyyad!" tersekat-sekat nada Tengku Farah membuatkan Tuan Raiz semakin bingung. Kenapa dengan Ziyyad? Gumamnya.

"Kenapa dengan Ziyyad? Ada apa-apa jadi ke?" melihat air mata Tengku Farah menitik membasahi pipi mulus itu membuatkan Tuan Raiz semakin risau.

"Ziyyad accident!" jerit Tengku Farah. Nadanya bergema memenuhi seisi ruang. Terkejut Tuan Raiz mendengar berita tentang anaknya. Hampir luruh jantungnya saat mendengar berita itu.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now