∘°∘40∘°∘

5.2K 252 13
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, petang itu dia membawa Hana menuju ke tempat-tempat menarik di Bangkok, Thailand

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPERTI yang dijanjikan, petang itu dia membawa Hana menuju ke tempat-tempat menarik di Bangkok, Thailand. Sambil memandu, dia betulkan sedikit beach hat pada kepala Hana. Sunglasses yang menutup mata Hana dikemaskan.

Cuaca pada petang itu agak cerah dan sedikit panas, sebab itu Ziyyad belikan beach hat untuk isterinya. Risau jika isterinya tidak selesa dengan cahaya matahari yang terik.

Lexus LC 500 berwarna kelabu tersebut memecut laju membelah jalan, angin sepoi-sepoi yang bertiup membuatkan tudung Hana sedikit kusut. Mujurlah dia memakai tudung bukan style loose, kalau tak dengan dirinya sekali terbang dibawa angin.

Ziyyad parkirkan kereta mewah miliknya di tempat parking. Dia menyewa kereta ini daripada syarikat Raf kerana tidak ingin meminjam kereta jejaka itu. Risau jika ada ahli keluarga Raf yang berada di Thailand ingin menggunakannya.

"Sayang, abang nak bawa pergi pusat beli-belah outdoor. If I'm not mistaken, the place name is Asiatique City. You love scenery right? So I will bring you shopping while enjoying the scenery." jelasnya, lembut.

"Nanti bolehlah sayang beli souvenir untuk kawan sayang yang nama Rayna tu. You can buy anything that you want using my money." Ziyyad mengukir senyum pada isterinya. Hana hanya balas dengan senyuman manisnya.

Suami dah nak belanja, nak halang memang tak boleh. Dah orang tu suka sangat laburkan duit dengan isteri tercinta. Kalau dikira, berapa banyak sudah barang berjenama yang Ziyyad belikan untuknya.

"Kalau macam tu, Hana nak kikis duit abanglah. Biar abang pokai!" usiknya, sebelum sebaris gigi ditayangkan pada Ziyyad.

"I don't care about that. What makes my wife happy will automatically makes me happy. So I don't care to spend more money for you." balasnya lembut, sempat lagi mengenyitkan mata pada Hana.

Hana merasa darah panas menyerbu ke seluruh wajahnya. Benar-benar sungguh dia rasa pipinya memerah hebat. Sesekali Ziyyad kerling ke arah isterinya, gemar sungguh dia lihat si isteri tersenyum manis dengan pipi memerah.

Kedua-duanya ralit memerhati barang-barang yang dijual di Asiatique City. Sesekali Ziyyad mengusik isterinya agar gadis itu tersenyum manis. Hana membeli beberapa souvenir berupa keychain untuk Rayna. Tidak lupa juga buah tangan rahsia untuk Rayna.

Pinggang Hana dia paut erat dan dibawa ke dalam pelukan. Kawasan agak sesak menyukarkan langkah mereka berdua. Ziyyad hanya perhatikan saja telatah isterinya. Usai membeli barang yang diinginkan, mereka beredar dari kawasan tersebut.

"Fuh.. sesaknya kawasan tu abang. Rimas sayang dibuatnya," adunya manja, lengan Ziyyad dia paut erat seerat yang mungkin.

"Mujur ada abang disisi sayangkan? Kalau tak dah mesti dah tenggelam dekat kawasan tu, dahlah pendek. Susah nak cari nanti," usiknya sengaja, Hana mencuit sisi pinggang suaminya.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now