∘°∘51∘°∘

2.8K 183 8
                                    

BEBERAPA bulan kemudian, kandungan Hana sudah mencecah 7 bulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEBERAPA bulan kemudian, kandungan Hana sudah mencecah 7 bulan. Dia menilik tubuh badannya di cermin. Sesekali dia mengerling Ziyyad yang masih lena dibuai mimpi. Hana tersenyum melihat patung dino miliknya yang berada dalam pelukan Ziyyad.

"Assalammualaikum, cinta hati abang." usai saja terbangun dari tidur, dia terus melangkah mendekati isterinya. Pinggang Hana dipaut erat.

"Waalaikumussalam abang." jawabnya. Namun tidak lama itu, Hana terduduk di atas kerusi meja soleknya. Dia rasa perubahan yang amat ketara pada bentuk tubuhnya.

Air mata mengalir tanpa dipinta. Keyakinannya bagai jatuh mendadak tanpa dia mahu. Ziyyad duduk mencangkung di hadapan isterinya.

"Kenapa sayang nangis ni hm? Apa yang buat sayang nangis ni?" soalnya lembut.

Rambut yang hampir menutup wajah isterinya diselitkan di tepi telinga. Tersebek-sebek bibir Hana menahan tangis.

"Hana dah tak cantik kan abang? Hana dah gemuk.. Muka Hana dah membulat.." dengan rasa sedihnya, dia luahkan isi hatinya.

"Isteri abang tetap cantik, tak kisahlah dia gemuk ke.. muka dia bulat ke.. abang tak kisah semua tu. Asalkan isteri dan anak abang sihat. Itu yang abang kisah." lembut dirinya memberi penjelasan.

"Abang tipu kan? Abang sengaja cakap macam tu sebab nak sedapkan hati Hana.." ujarnya masih dengan tangisan.

Jemari Ziyyad naik mengusap air mata di pipi Hana. Ziyyad berdiri, lantas mengangkat sedikit dagu Hana agar memandangnya.

"Abang tak pernah tipu. Abang bukannya nak sedapkan hati sayang, tapi kenyataannya isteri abang memang cantik pun.."

"..Lagipun, kecantikan seseorang itu bukan terletak pada paras rupanya tetapi pada akhlaknya. Apabila akhlaknya cantik, maka rupanya juga akan cantik. Begitu juga sebaliknya."

"..Faham sayang abang?" Hana terpana dengan bicara suaminya.

Satu senyuman terukir di bibirnya apabila mendapat kucupan hangat di pipi. Tersenyum Ziyyad tatkala melihat isterinya tersenyum.

"Macam ni yang abang nak tengok. Abang nak senyuman sayang yang cantik tu. Tak suka tengok muka dia masam-masam. Macam asam jawa." usiknya. Automatik tangan Hana naik mencubit pinggang Ziyyad.

"Abang! Jahat tau samakan kita dengan asam jawa. Taknak kawan abang! Don't kecek with me!" tangan disilangkan di dada. Pura-pura ingin merajuk.

"Kalau abang nak cakap dengan sayang juga macam mana? Sayang tak boleh halang abang. Abang akan buat apa saja, asalkan sayang bercakap dengan abang kembali." wajahnya dibuat serius. Hana terpempan seketika.

Ini yang dia tidak gemar. Sikit-sikit nak serius! Dia paling tidak gemar bila Ziyyad sudah masuk mood seriusnya.

"Ish abang ni.. tak payahlah cakap macam ni. Sengaja tahu nak buat orang takut.. orang kan dah cakap yang orang tak suka bila abang serius." wajahnya ditundukkan memandang lantai. Hampir saja air matanya menitis, namun Ziyyad pantas memeluk tubuh isterinya.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now