∘°∘12∘°∘

6.6K 348 9
                                    

ANNE keluar dari wad Hana apabila selesai memeriksa keadaan gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ANNE keluar dari wad Hana apabila selesai memeriksa keadaan gadis itu. Langkah kaki diatur menuju ke arah Ziyyad. Kelihatan Ziyyad sedang tersengguk-sengguk menahan kantuk. Ahli keluarga yang lain turut berada disana kecuali Zayyad. Dia menemani Anis di dalam wad.

"Macam mana keadaan Hana? Please.. Anne, jangan diam macam ni. Hana okay kan—" bergetar nada suara Ziyyad menyoal perkara itu. Anne tidak mampu membalas.

"Her condition already in a stable phase but from my observation, she is expected to be in a coma for an unknown period. I hope you can be patient for this news," tukas Anne sebelum berlalu pergi.

Ziyyad kaku tanpa sebarang reaksi setelah mendengar bicara Anne. Terasa ada batu besar menghempap kuat dirinya. Bagaikan ada pisau belati merobek rakus hatinya. Langkah dibawa ke depan pintu wad Hana. Sayu hatinya melihat tubuh Hana berselirat dengan wayar-wayar.

Apabila kelibat Dr. Irfan menyapa sistem penglihatannya, Anne pantas berlari laju menuju ke arah suaminya. Tubuh sasa Irfan dipeluk erat sambil tangisan mengiringi pelukannya.

"Abang dah agak isteri abang boleh buat," ujar Irfan sambil mengusap ubun-ubun Anne. Anne diam dan mengukir senyuman manis. Irfan merangkul erat pinggang Anne sebelum membawa Anne pergi dari kawasan tersebut.

[⋆✿⋆]

"Anak mama, mama tahu Ziyyad kuat nak hadap semua ni. Mama yakin Ziyyad boleh hadap ujian yang Allah bagi untuk Ziyyad." pujuk Tengku Farah lembut. Batang tubuh Ziyyad dipeluk erat sebelum diusap penuh kasih.

"Mama.. Ziyyad ni jahat sangat ke? Kenapa Tuhan uji Ziyyad sampai macam ni sekali— Ziyyad tak sanggup, mama.." bergetar-getar nada suaranya membicarakan hal itu.

"Tak, sayang.. Allah uji Ziyyad sebab Allah sayang. Allah nak tengok hamba dia ni kembali cari cinta-Nya. Ujian tu akan menguatkan hati manusia. Allah akan uji sesuai dengan kemampuan hambanya—" balas Tengku Farah. Tersedu-sedan Ziyyad menangis di dalam dakapan mamanya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Insyirah Ayat 5-6;

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

Ziyyad memeluk erat tubuh Tengku Farah. Tangisan berulangkali dihambur pada Tengku Farah. Sungguh, dia tidak kuat untuk menghadapi ujian kali ini. Dia tidak rela melihat Hana terlantar di atas katil dengan hanya bergantung pada alat pernafasan.

"Mama.. untuk sementara waktu ni, Ziyyad nak pergi dulu dari Malaysia. Ziyyad terpaksa mama, Ziyyad takut Ziyyad tak mampu hadap ujian ni." beritahunya. Tengku Farah membulatkan matanya memandang Ziyyad.

"Macam mana dengan Hana nanti Ziyyad? Kalau Hana tiba-tiba sedar dan waktu tu Ziyyad tak ada dengan dia, apa perasaan dia nanti? Ziyyad tak takut kehilangan Hana?" bertubi-tubi soalan diajukan Tengku Farah buat Ziyyad.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now