∘°∘13∘°∘

6.1K 315 13
                                    

ZIYYAD tersedar dari lamunannya tatkala deringan telefonnya berbunyi kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZIYYAD tersedar dari lamunannya tatkala deringan telefonnya berbunyi kuat. Dia sedang menyiapkan proposal yang diminta oleh syarikat client-nya. Perlahan-lahan, kaki dialihkan mencecah lantai dan terus dia atur menuju ke meja kerjanya.

Itu sahaja perkara yang dapat dia lakukan untuk menenangkan hatinya. Kerja, kerja dan kerja. Sedangkan sebelum ini, dia tidak pernah tidur lewat malam semata-mata demi menyiapkan proposal. Tetapi kini, dia sanggup bersengkang mata dari pukul 4 pagi sehingga 7 pagi demi menyiapkan proposal itu.

"Kenapa call?"

"Kau taknak tengok baby Mika? At least, kau tengok kejap baby Mika sebelum kau fly pergi Itali malam ni—" pujuk Zayyad. Haqeem Mikayl masih terletak kemas di dalam dakapannya.

"Hm. Kejaplah aku on the way datang," ringkas saja balasan Ziyyad sebelum mematikan panggilan. Telefon diletakkan di atas bedside table.

Langkah kaki diatur menuju ke kamar mandi beserta sehelai tuala hitam di bahunya. Sudah hampir tiga hari dia tidak mandi hanya kerana mengenangkan Hana. Seminggu berlalu, namun tiada tanda-tanda untuk Hana sedar dari komanya dalam masa terdekat.

[⋆✿⋆]

ZIYYAD tiba di hospital dengan hanya memakai t-shirt pendek dan tracksuit. Terlalu simple pemakaiannya hari ini. Wajah lelaki itu agak kusam dan tidak bermaya. Jambang mulai tumbuh menghiasi wajah tampan tersebut.

"Mana baby?" soalnya sebaik saja masuk ke dalam wad Anis. Kelihatan Anis sedang memegang baby Mika. Namun kesemua mata disana terkejut melihat penampilan Ziyyad.

"Ya Allah, Ziyyad— kenapa sampai macam ni sekali? Kenapa muka ni langsung tak bermaya?" soal Tengku Farah risau. Wajah Ziyyad diusap lembut penuh kasih dan sayang. Senyuman tipis ditarik pada wajahnya.

"Tak ada apalah mama, Ziyyad okay je. Boleh Ziyyad pegang baby? Ziyyad teringin nak pegang baby Mika—" pinta Ziyyad beserta satu senyuman tipis.

"Pegang baik-baik tau," pesan Tengku Farah. Baby Mika diserahkan pada Ziyyad. Perlahan-lahan, Ziyyad pegang bayi kecil itu. Sungguh jika dibayangkan, Ziyyad dah boleh jadi bapak orang! Lembut saja cara Ziyyad memegang bayi itu.

Adyan dan Aryan hanya memerhati dengan rasa geram di hati. Kitorang dah booked baby Mika dulu! Getus Aryan. Ziyyad mengusap lembut pipi gebu baby Mika.

"Apa nama full dia, mama?"

"Haqeem Mikayl bin Zayyad Mateen."

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now