∘°∘39∘°∘

4.4K 241 12
                                    

HARI berganti hari, akhirnya hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kembar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI berganti hari, akhirnya hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kembar itu. Kedua-duanya bakal melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di sebuah hotel milik AF Company. Dan semuanya ditaja sepenuhnya oleh Tengku Farah.

Hana hanya mengenakan dress berwarna biru tua sepadan dengan suaminya yang memakai tuxedo rona sama. Rambut Ziyyad dia rapikan, dengan kemas.

"Sayang.. you looks like an angel. My angel of life. And remember if you're insecure with yourself, I'm here with you. I will always makes you happy. You're always beautiful to me. I love you the way you are, daisy." ujarnya dengan lembut, pipi Hana dielus.

Senyuman manis dia ukir pada wajahnya, sungguh dia sendiri tidak mampu membalas bicara suaminya. Walaupun berulang kali Ziyyad pesan, namun pesanan itu tidak pernah luput dari memorinya.

"Shall we, Princess Hana?" ucapnya, tubuh direndahkan sedikit. Tangan dihulur pada Hana, dia meniru gaya prince charming. Hana sambut huluran itu, lalu Ziyyad dukung kemas tubuh isterinya. Hana ukir senyuman manis, semanis madu pada bunga.

Tiba sahaja di hotel tersebut, Ziyyad terus mendukung isterinya menuju masuk ke ballroom. Dengan penuh berhati-hati dia letakkan Hana di kerusi yang disediakan.

Mujurlah majlis akad nikah tadi berjalan lancar walaupun pada awalnya Adyan sempat pengsan dek kerana terlalu nervous nak kahwin.

FLASHBACK:

Adyan dan Aryan kedua-duanya sudah duduk di atas kusyen. Masing-masing nervous untuk mengucapkan lafaz akad nikah. Walaupun semalam dah berulang kali hafal skrip.

"Adyan Danish bin Ryaz."

"Sa-saya."

"Aku nikahkah dikau dengan Nur Raisha binti Razak dengan mas kahwinnya RM 450,000 ribu ringgit tunai."

"Ak-Aku.."

"Ak-Aku.."

Adyan memandang ke arah Aryan dan Ziyyad di tepi. Bergegar-gegar tangannnya ingin menyalam Tok Kadi. Tok Kadi mulai hairan. Dah kenapa budak ni?

"Boleh ke tak ni? Tok tengok kamu dah berpeluh-peluh ni, sampaikan basah baju melayu kamu tu." tegur Tok Kadi.

"Bo-boleh, Tok. Saya nak minum air kejap." pamitnya, namun belum sempat dia berdiri tubuhnya automatik jatuh ke lantai saat terlihat Raisha di pelamin.

"Allahuakbar.." ucap Tok Kadi tersebut. Dia hanya menggeleng saja melihat telatah pengantin. Mujur dah berkali-kali dia hadap situasi macam ni.

Ziyyad dan Zayyad segera kipaskan wajah Adyan. Ziyyad tundukkan kepalanya lantas membisikkan sesuatu di telinga Adyan.

"Kalau kau nak acah-acah pengsan, jangan harap lepas ni kau boleh kahwin. Aku suruh Raisha tu kahwin dengan orang lain karang. Aku kira sampai tiga, Adyan Danish." ugutnya.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now