∘°∘33∘°∘

4.9K 266 8
                                    

HANA bangun dari lenanya lantas menuju ke pintu gelungsur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA bangun dari lenanya lantas menuju ke pintu gelungsur. Langsir ditarik dan dibuka seluas yang mungkin. Terasa ada cahaya matahari menerobos masuk ke dalam mata membuatkan Ziyyad menyelubungkan diri di dalam selimut.

"Abang.." spontan dia menyapa Ziyyad yang sedang lena, sebelum tubuh itu digoncang lembut.

Tanpa sebarang amaran, selimut yang membaluti tubuh dibuka lalu dia tarik tangan isterinya hingga Hana terbaring di atas dada bidangnya.

"Good morning, my daisy." bisiknya dengan suara serak basahnya. Hana cuba bangkit namun rangkulan Ziyyad semakin erat.

"Bangun abang, kata nak solat subuh sama-sama." tegurnya, wajah Ziyyad disentuh lembut.

"Jom.. kita ambil wudhu sekali," bisiknya, seraya mengucup pipi gebu isterinya. Wajah itu dielus lembut, rambut Hana yang berjuntaian diselak ke tepi telinga.

Kata-kata suaminya membuatkan dia diam seketika, terasa ada mata yang merenung ke dalam matanya. Selesai mengambil wudhu, mereka terus menunaikan solat berjemaah.

"Abang dah sediakan air suam dalam bathtub. Kejap lagi abang mandikan. Faham?" sedikit tegas nadanya, lalu tubuh Hana dia dukung masuk ke dalam bilik air. Bathrobe dia ambil dibawa bersamanya.

Usai membersihkan diri, Ziyyad dukung tubuh Hana menuju ke walk-in closet. Sepasang blouse berwarna pink cair dengan palazo berwarna putih diambil. Sengaja dia memilih warna lembut kerana wajah isterinya tampak lebih berseri.

"Daisy.. come here, let me style your shawl." pelawanya, Hana mengatur langkah menuju ke arah Ziyyad dengan tongkatnya.

Punggung dihenyakkan di atas kerusi lalu Ziyyad letakkan sehelai shawl di atas kepala isterinya. Dia gayakan shawl tersebut mengikut citarasanya. Asalkan tak jadi mumia sudah.

"Mana abang belajar tutorial tudung ni? I love this style, so much." pujinya, senyuman manis dia lorek pada wajah.

"Abang tak belajar dari mana-mana sumber pun, abang buat sendiri. Kiranya, sayang orang pertama pakai style ni. Okaylah tu, limited edition." balasnya, dia kemaskan sikit tudung Hana.

Hana teliti penampilannya di cermin, wajahnya tampak berseri walaupun hanya memakai compact powder beserta lipmatte berwarna nude.

"Abang.. boleh tak Hana tak nak ikut pergi office? Hana nak duk dekat rumah je. Hana nak siapkan Final Year Project." jelasnya, tiba-tiba sahaja niat di hati berubah kerana dia belum bersedia.

Dia mengerdipkan matanya memandang ke arah Ziyyad. Keluhan berat terlepas dari bibir Ziyyad, dia sengaja mengajak Hana ke pejabat untuk memperkenalkan isterinya pada pekerjanya. Tapi, mungkin isterinya belum bersedia.

"Are you sure you don't want to follow me to the office? What if you bored at home? Abang balik lewat tahu hari ni," tipunya, padahal harini jadualnya tidak berapa padat. Hana ketuk jarinya pada dagu.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now