∘°∘31∘°∘

5.8K 289 17
                                    

PETANG itu seperti yang dijanjikan Ziyyad, mereka kini berada di Genting Strawberry Leisure Farms

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PETANG itu seperti yang dijanjikan Ziyyad, mereka kini berada di Genting Strawberry Leisure Farms. Ziyyad memutuskan untuk mendukung Hana kerana risau kerusi roda bakal menyukarkan pergerakan mereka.

"Sayang suka buah strawberi?" soalnya, sambil memandang mulut Hana yang penuh dengan strawberi. Mereka sedang duduk di satu kawasan sambil menikmati buah strawberi.

"Suka! Walaupun ada yang manis dan ada yang masam. Tapi dua-dua Hana suka makan hehe," balasnya dengan nadanya yang kedengaran cukup teruja. Mulutnya terkumat-kamit mengunyah strawberi.

Ziyyad tersenyum manis, Iphone diangkat sedikit tersorok lantas dia menangkap gambar Hana yang comot dengan strawberi. Gambar itu diletakkan di album. Dia memilih gambar yang sesuai untuk di-upload ke media sosial yang jarang aktif. Setahun sekali saja dia mengunjungi akaun instagramnnya kerana tiada yang penting.

Ting!

Notifikasi telefon Hana berbunyi, dia melihat notifikasi dari instagram. Someone tagged you in a post. Raut wajahnya bertukar hairan. Siapa pula?

"Having a lovely date with my babygirl at Strawberry's Farms."

Caption yang tertulis dibaca ringkas, dia melihat username instagram tersebut. Dia, macam pernah nampak username ini viral suatu masa dahulu. Viral sebab? Viral apabila untuk pertama kalinya, jejaka itu memuat naik gambarnya walaupun bahagian wajah dikaburkan.

"Abang.." seru Hana lembut, telefon ditunjukkan pada Ziyyad. Lelaki itu hanya menjongket bahu, lantas menikmati aiskrim berperisa vanila.

"Tak boleh marah, tak boleh marah. Suka hati abanglah nak expose kesayangan abang ni, supaya pengikut abang tahu yang abang dah kahwin. So all of them will stop bothering me by sending direct message. Rimaslah," adunya manja, mana tak rimasnya setiap hari lebih kurang 100 pesanan dari orang berlainan.

"Tak marah pun, tapi bagus juga kalau abang post kan? At least they will know that you're married already. Nanti kalau diorang mesej lagi, bagi Hana balas. Setepek orang bagi," garang bunyinya, membuatkan tawa Ziyyad lepas di ruang udara.

"Mak singa tak boleh garang-garang, sebab kalau selalu sangat marah nanti makin cantik." usik Ziyyad, membuatkan si isteri membulatkan matanya. Hana kembali menyuapkan strawberi ke dalam mulut.

Petang mulai menjelang, matahari sudah ingin melabuhkan tirai. Ziyyad atur langkah mendukung Hana menuju ke bilik mereka. Langkah kaki diorak menuju ke beranda sebaik saja masuk ke dalam bilik. Tubuh Hana diletakkan di atas lantai disandarkan pada pintu gelungsur, manakala dia duduk bersila sebelum membaringkan kepala di riba isterinya.

"Love, sunset is beautiful but you're more beautiful."

Bicara Ziyyad dibiarkan berlalu dibawa angin, dia menggosok rambut jejaka itu hingga berserabai. Nampak lebih handsome dan menawan! Ziyyad ukir senyum tipis lalu memandang ke arah isterinya yang ralit melihat awan petang. Dia bangun lalu ikut menyandar di pintu gelungsur.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now