∘°∘3∘°∘

8.1K 446 50
                                    

HANA membuka laptop miliknya apabila notifikasi dari Madam Qaira muncul di skrin telefon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA membuka laptop miliknya apabila notifikasi dari Madam Qaira muncul di skrin telefon. Seperti yang dijanjikan malam ini dia akan menjawab kuiz yang dilontarkan oleh Madam Qaira.

"Is everyone already here?"

"Yes, Madam."

Soalan demi soalan diberikan oleh Madam Qaira. Elhan mengukir senyuman sinis apabila dia dapat melihat wajah Hana. Bukan selalu dia dapat melihat wajah itu tersenyum.

"Good job, Hana. You got 45 right over 50 question. Keep going and congratulations for your result!" teruja saja nada Madam Qaira melontarkan pujian tersebut. Hana hanya mengukirkan senyuman manis semanis gula.

Usai saja kuiz tamat, Hana menutup laptop miliknya. Laptop diletakkan di atas meja sebelum disambung dengan pengecas. Telefon sengaja disenyapkan kerana dia tidak ingin menerima gangguan.

Langkah kaki diatur menuju ke dapur. Perut yang berkeroncong kuat membuatkan fokusnya hampir hilang. Pintu peti sejuk dibuka luas.

Hana menikmati telur goreng yang dimasak olehnya. Usai sahaja menikmati makanan, langkah kaki diorak menuju ke ruang tamu. Hana mengambil telefon yang ada di atas meja.

RING

RING

"Siapa pula yang call ni? Rasanya aku tak ada urusan dengan sesiapa kecuali Madam Qaira," bisik hatinya sendiri.

Nombor pada skrin diperhatikan terlebih dahulu sebelum butang hijau diseret ke atas. Terkedu Hana apabila mendengar suara lelaki yang cukup dikenalinya.

"Hello, sweetheart. Miss me?" tutur Elhan di dalam talian. Baru sahaja Hana ingin mematikan panggilan terasa amaran menerpa sistem pendengarannya.

"Kau jangan nak berani matikan panggilan ni. Aku takkan matikan panggilan ni selagi aku tak dengar suara kau," ugut Elhan dengan nada dinginnya. Hana membulatkan matanya. Apa sebenarnya yang Elhan mahukan dari dirinya?

"Kau nak apa? Like I said, I don't have so much time to reply your message. I'm busy," bidas Hana dingin.

Elhan membuang Iphone 13 pro max miliknya ke dinding setelah mendengar jawapan Hana. Pecah berkecai telefon itu. Dia bengang dengan jawapan Hana. Mengapa sukar sangat dia mahu dekati gadis itu?

Hana letakkan telefonnya di atas meja. Terasa kantuk mulai menguasai dirinya. Perlahan-lahan, mata dipejam rapat dengan harapan tiada gangguan lagi dari Elhan. Sungguh, dia benar-benar rimas diganggu dengan manusia itu.

 Sungguh, dia benar-benar rimas diganggu dengan manusia itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now