∘°∘32∘°∘

6.1K 334 26
                                    

SEDAR tidak sedar sudah hampir enam bulan dia menjalankan fisioterapi di pusat terapi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEDAR tidak sedar sudah hampir enam bulan dia menjalankan fisioterapi di pusat terapi. Pandangan dialihkan memandang segenap inci ruang terapi tersebut.

Dia pergi ke pusat fisioterapi tersebut dihantar oleh Ziyyad. Jejaka itu perlu menghadiri meeting sekejap sebelum mengambilnya kembali. Dengan izin-Nya, Hana hanya menggunakan tongkat ke mana-mana.

"Hana.. alhamdulillah, you can walk again. I'm so happy for you. After this, you will be able to attend your class in person," Raisha mengukir senyuman manis sambil memandang Hana.

Raisha merupakan sepupu kepada Raihana, memandangkan Raihana sedang cuti bersalin maka semua urusan berkaitan Hana dibawah tanggungan dirinya. Hampir empat bulan dia membantu Hana menjalani rawatan.

"Alhamdulillah, tapi doktor.. jangan bagitau suami saya dulu boleh? Saya nak buat suprise." pinta Hana, sambil tersenyum.

"Boleh, Hana. Nanti, jangan lupa datang majlis kahwin saya. Ini kad," kad dihulur kepada Hana, nama pada kad tersebut dia baca. Tersenyum manis Hana melihat kad tersebut.

"Okay, doktor. Nanti saya ajak suami saya sekali." wajah cantik Hana diamati Raisha. Sungguh manis senyuman gadis itu.

"Jangan panggil doktorlah, Hana. Panggil saya Sha saja," arahnya lembut. Hana diam seketika sebelum mengangguk faham.

"Terima kasih, Sha. Hana hargai bantuan Sha selama ni. Semoga Sha bahagia dengan pilihan Sha. Hana harap dia boleh jaga Sha dengan baik." lembut nada Hana, membuatkan Raisha mengukir senyuman manis.

"Insha-Allah, terima kasih Hana. Jangan lambat-lambat bagitau Ziyyad tahu, kang dia meroyan." pecah gelak diantara dua wanita itu. Bertambah seri wajah Hana apabila tersenyum manis sedemikian.

Hana gapai tongkat miliknya, lalu dia melangkah keluar dari bilik Raisha. Raisha menghantar pemergian Hana melalui ekor matanya saja. Dia bersyukur kerana gadis cantik itu sudah boleh berjalan seperti biasa. Hana ukir senyum manis membaca pesan suaminya.

- Daisy.. wait for me, around 15 minutes I will pick up you. I love you, baby!

- Jangan lambat ya, Hana lapar ni.

- Lapar apa sayang? Tadi awal pagi dah melantak nasi lemak tiga bungkus.

- Lapar kasih sayang, abang!

- Amboi budak ni! Biasa dia ya..

Terkekek Hana membaca pesan Ziyyad dan dirinya. Pedulilah kalau orang nak cakap cringe pun, kita tak kisah! Husband kita tak marah kita cringe, awak takda! Tidak sampai 15 minit, kelibat suaminya kelihatan.

"Hi, my lovely daisy!" laungnya sedikit kuat, membuatkan mata-mata di pusat fisioterapi itu memandang ke arahnya. Pipi Hana memerah bagaikan baru disimbah cat merah. Mana tak malunya, kalau semua mata tertumpu ke arah mereka.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now