∘°∘17∘°∘

6.4K 328 20
                                    

HANA tersedar dari lenanya apabila cahaya matahari menerobos masuk ke dalam kelopak matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANA tersedar dari lenanya apabila cahaya matahari menerobos masuk ke dalam kelopak matanya. Kelopak mata dikerdipkan beberapa kali sebelum matanya dipisat-pisat. Tangan cuba menggapai gelas yang berada di atas meja.

Brak!

Pecah gelas itu dilantai dek kerana pegangannya yang tidak cukup kuat. Hana merasakan pergerakannya terbatas dan mulai timbul kata-kata negatif dalam dirinya.

Air mata membasahi lekuk pipinya. Jelas dia merasakan dirinya adalah beban ketika ini. Dia tidak mampu melakukan apa-apa sendiri melainkan dengan bantuan orang lain. Anne masuk ke dalam wad Hana apabila mendengar tangisan gadis muda itu.

"Kenapa ni, Hana? Apa yang jadi? Hana mimpi buruk ke?" soal Anne dengan raut wajah risaunya. Sungguh, tika ini Hana hanya perlukan Ziyyad. Tetapi dia tidak tahu bila Ziyyad akan balik dari outstation.

"Tak adalah, Anne. Hana rasa Hana dah banyak susahkan orang. Anne balik lewat malam semata-mata kena jaga Hana. Kenapa Hana tak mati je masa kena langgar haritu?" teresak-esak dia menahan tangis. Anne terus membawa Hana ke dalam pelukannya.

"Hana.. trust me, Hana tak pernah susahkan sesiapa. Ini kan dikira tanggungjawab Anne. Lagipun, tak baik Hana persoalkan takdir. Faham, sayang?" pujuk Anne dengan lembutnya. Belakang tubuh Hana diusap penuh kasih dan sayang.

"Melampau ke kalau Hana kata, Hana nak Ziyyad sekarang? Hana takut Anne.. Hana takut dia datang lagi—" tuturnya, bergetar-getar nada suara itu. Serta merta, kotak mindanya diisi dengan peristiwa hitam yang berlaku di dalam hidupnya.

"Insha-Allah, dia takkan datang lagi. Kalau ikut perkiraan Anne, mungkin esok atau lusa baru Ziyyad balik. Hana sabar ya?" pujuk Anne lagi sebelum meninggalkan Hana sendirian di dalam wad tersebut.

Hana pandang siling, tenang tapi tidak setenang hatinya. Tanpa ribut atau angin, hatinya bergelora bagaikan laut yang bergelora. Entah kenapa, dia merindukan sosok tubuh yang sering muncul dihadapannya.

"And when you go away, I still see you."

MATANYA termenung melihat tapak baharu untuk pembinaan resort barunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATANYA termenung melihat tapak baharu untuk pembinaan resort barunya. Sengaja dia memilih kawasan yang agak dekat dengan pantai kerana Ziyyad tahu betapa gemarnya Hana terhadap pantai. Fikirannya kacau, dia rindukan Hana.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now