∘°∘37∘°∘

4K 242 24
                                    

MALAM itu, Hana dan Anis membantu Tok Ma dan Tengku Farah mengelap pinggan yang agak banyak untuk digunakan pada hari esok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM itu, Hana dan Anis membantu Tok Ma dan Tengku Farah mengelap pinggan yang agak banyak untuk digunakan pada hari esok. Masing-masing khusyuk melakukan kerja sendiri.

"Ni Hana, mu belum ado isi ko? Mano tahu Yad tu laju buat kerjo," soal Tok Ma tetapi berbaur usikan.

"Belum ada lagi, Tok Ma. Lagipun tubuh Hana baru sembuh dari lumpuh hari tu. Mungkin belum ada rezeki buat kami kut," balas Hana, seraya tersenyum manis.

"Tak apo, Allah tu dah tetapkan rezeki setiap manusia. Insha-Allah, suatu hari nanti mu akan dapat juga meraso jadi ibu. Kan Anis?" nama Anis dipetik, membuatkan wanita itu mengangguk.

Hana kembali diamkan diri, mengelap pinggan dengan tekun. Sedang ralit dia mengelap pinggan, terasa ada seseorang menunjal kepalanya hingga sikit lagi terlepas pinggan dari pegangannya.

"Mesti susah abang Ziyyad nak jaga perempuan lumpuh macam kau ni kan? Apa motif kau masuk keluarga dia ya? Nak kikis harta dia? Kebulur sangat ke nak jadi kaya?" tembaknya berulang kali, setiap soalannya menggores hati Hana.

Hana bertindak mendiamkan diri. Dia malas mahu melayan Aqilah. Pening kepala otaknya mahu melayan Aqilah.

"Kalau kau nak tahu jawapan dia, tanya laki aku sendiri. Aku sibuk, tak ada masa nak jawab soalan darjah satu kau tu." bidasnya berani, pedulilah kalau orang nak label dia kurang ajar.

"Kamu ni, Aqilah. Kamu dah besar tahu, buat perangai tu jangan jadi budak-budak. Cuba untuk matangkan diri tu. Jangan sibuk nak ambil tahu kisah hidup orang. Dia ada kacau beras kamu ke?" bidas Tengku Farah geram, dia cukup tidak gemar dengan mulut Aqilah.

Dulu dengan Anis pun sebegini, kini dia nak hentam
Hana pula? Hana menjeling Aqilah, tajam. Mulut dia sedap cakap je orang nak kikis harta suami sendiri.

"Mak long tak payah nak backup sangat budak berdua ni, dua-dua tahu menyusahkan suami sendiri. Entah-entah, ibu bapa sendiri tak ajar kut macam mana nak jadi perempuan baik dan beradab—" semburnya, Hana ketap kuat rahangnya.

Dia bangkit, lalu melangkah ke arah Aqilah. Iris mata amber miliknya menikam tajam ke arah gadis muda itu.

PANG!

"Sakitlah! Kau ni memang kasar kan?! Tak reti nak hormat orang!" bentaknya, pipi yang terasa pijar akibat ditampar Hana diusap lembut. Hana ukir senyum sinis.

"Kau kalau nak hina aku, sumpah aku tak kisah. Tapi.. jangan sesekali kau kaitkan dengan ibu ayah aku! Aku pantang orang sentuh tentang keluarga aku. Keep that in your mind, girl." tegas nadanya, puas hati bila dia dapat tampar perempuan ni.

"And one more thing. Respect people first if you want people respect you." pesannya.

Aqilah kalihkan pandangan pada Anis, dari tadi Anis memandang ke arahnya bersama renungan tajam. Dia tidak tahu, yang Anis menggenggam kuat hujung bajunya, tidak ingin melepaskan kemarahan.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now