∘°∘16∘°∘

6.4K 366 14
                                    

SEMINGGU, Hana terlantar di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU, Hana terlantar di atas katil. Dan sepanjang seminggu itu jugalah dia jarang melihat kelibat Ziyyad mengunjunginya. Dia hanya bersangka jejaka itu sibuk dengan kerja. Pemilik syarikat AF yang sah. Syarikat yang menubuhkan hotel serta resort.

Bukan itu saja, jejaka itu memiliki hampir lima cawangan di semenanjung dan lagi tiga di Sabah dan Sarawak. Dan Syarikat RW juga diuruskan olehnya. Sedang ralit termenung, terasa pintu dikuak luas. Kelibat Ziyyad benar-benar di ambang pintu.

"Rindu aku ke tu, daisy? Sorry, seminggu ni aku langsung tak jenguk kau. Aku sibuk sikit sayang, banyak kerja." tutur Ziyyad dengan penuh lemah lembut. Dia mendekati Hana yang masih tercengang dengan kehadirannya.

Ziyyad melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Hana. Sejambak bunga daisy diserahkan pada gadis itu. Hana hanya pandang hairan saja tingkah laku Ziyyad.

"Awak ni, hari-hari belikan saya bunga ingat saya nak buat hospital ni jadi taman ke?" soal Hana sebelum bunga daisy diletakkan di atas meja. Terletus tawa Ziyyad mendengar bicara bakal isterinya.

"Tak payah jadikan hospital ni taman, kehadiran kau saja dah cukup buat hati aku berbunga-bunga. Kan sayang?" ujarnya. Hana mencerlung garang ke arah Ziyyad. Ada saja jawapannya yang mampu membuat Hana terkedu.

"Harini awak datang sekejap ke lama? Manalah tahu awak sibuk dengan kerja tu," nadanya kedengaran seperti menjauh.

Ziyyad tenung Hana untuk seketika sebelum senyuman manis terpatri pada wajah tampan itu. Dia dah tak boleh berenggang dengan kitalah! Getusnya.

"Of course I will spend more time with you today, esok aku ada outstation dalam tiga hari macam tu. Nak buat bekal rindulah. Senyuman ni, aku suka sangat. Bukan setakat cantik tapi cukup menggoda." sengaja dia ingin mengusik gadis kesayangannya itu.

Hana terasa pipinya membahang mendengar bicara Ziyyad bagaikan dia sedang tenggelam di dalam arus cinta Ziyyad. Kepala ditundukkan memandang selimut. Ziyyad mengerti jika Hana tiba-tiba diam. Ada orang blushing.

"Menggoda kepala otak awak—" bidas Hana kasar. Walaupun pipinya membahang, tetapi bicaranya masih tajam. Anak mata amber itu mencerlung garang ke arah Ziyyad.

"Kau tunggu kita dah kahwin nanti, baby. Tiap hari aku buat pipi tu blushing. Biar sampai lenguh gusi kau senyum." tukas Ziyyad sambil memandang wajah Hana. Tatapan antara kedua manusia itu saling berbalas hingga hampir tenggelam di dalam lautan cinta.

Hana diam sekejap, bukannya takut dengan bicara Ziyyad tetapi memikirkan keadaan gusinya kelak. Kalau gusi dia lenguh, nanti apa jadi? Desisnya. Diam Hana menimbulkan persoalan pada Ziyyad.

"Dah makan? Kalau belum, jom makan sama-sama dengan aku. Aku ada order makanan tadi dengan Wais. Your favourite, spaghetti carbonara. Suka kan?" terukir satu senyuman pada bibir Hana setelah mendengar bicara Ziyyad.

DEAR KAYYISA (on hold)Where stories live. Discover now