Tuah kelam-kabut keluar bila kedengaran pintu galeri dibuka.
"Selamat dat..." ayatnya tidak jadi dihabiskan bila wajah Teja sedang tersenyum menyapa pandangannya.
Terus wajahnya berubah kelat. Haih. Teja ni memang tak makan saman.
"Saya nak awak keluar sekarang." Tuah cuba menegaskan suaranya seraya berpaling, membelakangkan Teja.
Kalut sebenarnya dia mahu ke belakang di mana dia jadikan ruang untuk dia melukis sementara membuang masa di situ. Cepat-cepat dia mencapai kain buruk yang ada lalu ditutup kanvas yang baru saja kering di atas kekuda. Tahu dek Teja kang, mampus aku. Mana nak elak lagi kalau Teja tahu Tuah melakarkan wajahnya di kanvas kainnya sejak mereka bersua kembali? Inspirasi lain semua ke laut! Muka Teja saja yang hadir di fikirannya.
"Awak! Saya pelanggan awak tau!" Panggil Teja tanpa nada tersinggung. Dia tahu Tuah sengaja nak halau dia.
Tak apa, guna saja taktik lain. Teja tersenyum. Dia tak tahu agaknya kerja aku apa.
Teja peluk tubuhnya sambil menghela nafas dalam. Dia berdiri saja bagaikan patung di tengah ruang galeri itu, menanti Tuah keluar.
"Awak, awak tahu saya boleh pergi ke belakang kalau saya nak, but I'm trying very hard to refrain myself right now. Saya datang sini atas urusan kerja." Teja bersuara lagi.
Sebelah tangannya naik ke dagu, menanti Tuah keluar.
Akhirnya, wajah Tuah yang sedikit teragak-agak terjengul dari balik partition.
"Nak apa?" Tanya Tuah bernada dingin.
Dia cuba mengelakkan mata mereka dari bertembung, tidak mahu dia lemah lagi.
Teja tersenyum sambil mengeluarkan sesuatu dari dompet yang dipegangnya dari tadi.
"Nah, ni kad saya." Dihulurkan kad itu kepada Tuah sebaik saja mereka berhadapan.
Tuah baca kad itu tanpa rasa terkejut. Kurator. Haih. Kalau ini kerja dia, memang masaklah aku. Tuah sudah mengaku kalah. Penat kalau macam ni. Larilah ke mana pun, akan dikejar juga dia dek si Teja ni.
Teja pamer senyum mesra.
"So, now you know why I'm here. Saya berminat nak tawarkan pelukis iaitu pemilik galeri awak ni, tempat untuk mempamerkan karyanya. Kalau dia berminat..."
"Saya tak berminat. Maaf." Tuah terus menyampuk, sekali gus menolak tawaran Teja.
Teja mengetap giginya, menahan geram. Belum dengar, dah tolak! Heee!
"Dengarlah dulu. I yakin pelukis ni berminat, jadi awak kena sampaikan maklumat ni pada dia." Keras dia bersuara. Tuah mahu ketawa.
Tadi bukan main profesional konon, sekarang dah hilang sabarlah tu.
Tuah pula tersenyum tatkala wajah Teja semakin cemberut.
"Saya tak berminat. This is my gallery, and this is my work. I'm not interested. Sorry. So, sila keluar." Balasan Tuah meninggalkan Teja separuh ternganga.
Dia pandang semua lukisan di sekelilingnya dengan rasa tak percaya sebelum membuka langkah laju, memaut lengan Tuah supaya berhenti melangkah.
"Ini awak punya? Galeri ni awak punya?" Jelas Teja terkejut.
Tuah larikan matanya sekali lalu, sebelum kembali ke wajah Teja.
"Yalah. Saya punya. Tak tengok nama galeri ni?" Sindir Tuah yang cuba menahan geli hatinya. Dia menghampiri sebuah lukisan berlatarkan Pergunungan Alps, hasil dari kunjungannya ke tempat itu beberapa tahun lepas.
Teja tepuk dahinya. Baru dia perasan! Two Wow, Tuah! Aduh! Macam mana boleh tak perasan?
Teja mula terfikirkan sesuatu. Dia hampiri Tuah kembali, dan ditariknya lengan Tuah sedikit kasar hingga lelaki itu tertarik ke belakang. Wajah Teja kini sedikit tegang,
"Awak bukannya tak ada kerja bagus. Awak pelukis, dan saya boleh nilai awak dari lukisan awak. Jadi, kenapa awak kata family saya takkan terima awak?" Soalan Teja buatkan Tuah terpempan seketika.
Tuah hela nafas dalam-dalam saat dia merenung wajah Teja yang menuntut penjelasan. Ditarik tangan Teja hingga ke pintu galeri sebelum ditolak gadis itu keluar dengan sedikit kasar.
"Ouch!" Teja mengaduh tatkala dia berada di luar galeri. Dia cuba memancing simpati Tuah sambil memegang pergelangan tangannya sedangkan tak sakit pun.
"Saya dah cakap semuanya semalam. Give it up. Kita tak ada masa depan, faham?" Tegas Tuah seraya cepat-cepat menutup pintu galeri sebelum sempat Teja menerjah masuk lagi.
Menerusi cermin pintu, pandangan mata mereka tidak lepas dari satu sama lain saat Tuah memasang selak pintu. Tanda 'Buka' terus dipusingnya kepada 'Tutup'.
Teja perhatikan saja Tuah membelakangi pintu dan terus ke bahagian belakang dan menghilang di sebalik partition tadi. Teja ketap giginya geram.
Aku takkan kalah. Pantang maut sebelum ajal!

YOU ARE READING
Tuah Kasihnya Teja
RomanceKOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa menyendiri sejak kecil menyulam rasa tidak senang apabila hidupnya dicerobohi Teja, gadis tekad dalam segala hal dan becok tak kisah orang suka...