KOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa menyendiri sejak kecil menyulam rasa tidak senang apabila hidupnya dicerobohi Teja, gadis tekad dalam segala hal dan becok tak kisah orang suka...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Wei! Kenapa kau macam letih je?" Tegur Aimy sambil menarik kerusi lalu duduk di depan Teja.
Teja meletakkan pipi kanan di atas buku lalu melepaskan keluhan panjang. Lelah. Dia benar-benar lelah. Sudah dua bulan dia membuat home tuition. Sudahlah dia menghampiri hujung semester. Awal-awal dulu okey saja semuanya memandangkan dia belum kalut mahu menyiapkan tugasan pelajarannya. Tapi sekarang, group assignment mahu dikejar, presentation lagi, discussion dengan kawan sekelas lagi, exam pula menghampiri, Teja sudah tak menang tangan.
Jadual tuition penuh. Bermula jam 6:00 petang hingga 10:00 malam, walaupun cuma lima hari seminggu. Dayana sudah tegaskan, tak mahu hujung minggu mereka diganggu. Itulah padahnya. Kini Teja benar-benar kepenatan. Dia tak sempat lagi mahu mengejar semuanya. Kebanyakan discussion perlu dibuat pada hari minggu. Hujung minggu, kawan-kawannya pun mahu berehat.
"Aku dah tak larat nak keep up dengan semua benda..." keluh Teja dengan hujung kata yang meleret.
Aimy kerut dahinya sambil melirik telefon.
"Apasal? Tuition kau tak okey ke?"
Teja kalihkan mukanya pula, menempek wajah di atas buku. Bahang di ruang perbincangan yang terbuka ini mula terasa. Nasib baik rambutnya pendek. Sudah pendek, dipendekkan lagi. Rimas dan panas, dan tak ada masa dia mahu menjaga rambutnya kerana kesibukannya.
"Sebab okey la aku jadi macam ni. Aku tak larat nak kejar. Malam dah penat. Habis kelas, discussion lagi," adu Teja pada Aimy yang masih melirik telefonnya.
Teja kalih wajahnya, pandang Aimy pula.
"Kau dengar tak ni..." lemah saja dia bertanya.
Aimy angguk sambil panggung mukanya sekali lalu.
"Dengar. So, apa masalahnya?" Tanya Aimy sebelum pandang telefonnya lagi.
Teja menjuihkan bibirnya. Aimy ni memang hampeh. Tanya tapi tak nak dengar jawapannya. Tak guna bertanya.
Teja mengeluh panjang.
"Aku penat drive sebenarnya. Banyak pula tempat tuition tu, and aku tak sempat rehat. Weekend, aku bantai tidur sebab penat lima hari. Weekdays tak boleh tidur siang dah sekarang ni. Kalaulah ada driver, kan best..."
"Carilah driver," balas Aimy tidak bersungguh.
Teja menggumam. Cari driver? Dia ingat, aku kaya gamaknya. Daripada nak kumpul duit, jadi lain pula. Hish.
"Kau nak kasi duit untuk aku bayar driver aku tu ke, ha?" Tukas Teja geram.
Aimy panggung muka lagi. Kali ini, dia letak telefonnya ke tepi. Dipandang Teja yang masih melekatkan pipinya ke buku. Dahinya sedikit berkerut.