BAB 7

272 12 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak berkelip-kelip mata Teja merenung beg berjenama Prada yang dipamerkan dalam almari kaca di depannya itu. Sesekali dia menelan liurnya.

"Wei, kau tengok sampai tak kelip mata!" Tegur Aimy yang sedang makan aiskrim Baskin Robbins, rakan sekolej yang paling rapat dengannya sekarang ini. Aimy menyenggol lengannya perlahan.

Teja memejamkan matanya rapat-rapat sebelum dibuka kembali.

"Cantiklah beg ni. Cantik sangat. Berkenan sungguh aku."

Aimy pandang beg itu tanpa perasaan. Teja memang suka barang berjenama rupanya. Tapi, tak ada pun barangnya yang berjenama sangat. Semuanya biasa-biasa saja. Aimy pula memang anak orang berada. Tak perlu minta. Abang, kakak, mak, ayah, pak cik, mak cik, pasti akan lambakkan barangan berjenama padanya. Naik bosan dah Aimy melihatnya.

"Memanglah cantik. Harga pun cantik jugalah..." Aimy jeling tag harga beg itu. Empat angka. Wow! Tak terkejut pun. Tengok jenamalah.

Teja suap aiskrim Baskin Robbins berperisa mango ke dalam mulutnya tanpa perasaan. Mata masih melekat di handbag tersebut. Apalah si Teja ni. Muda lagi, berangankan beg macam tu. Tapi, Aimy malas mahu sesakkan fikiran dengan pilihan Teja.

"Belilah," saran Aimy tak bersungguh.

Teja muncungkan bibirnya. Kini realiti hidup mengetuk fikirannya.

"Aku pergi Singapura tu, aku kumpul duit berapa lama. Sudahlah currency kita rendah berbanding dengan duit Dollar Singapura tu. Nasib baik aku memang backpacking. Kalau tidak, lagi banyak duit habis," balas Teja sambil gigit sudu aiskrimnya. Dia pandang handbag itu dengan pandangan sedikit sayu.

Aimy jongket bahu saja. Dia anak orang senang. Mana faham bab-bab kumpul duit dan usaha keras ni.

"Aku kena kerja kut. Nak kerja apa ya?" Teja tanya Aimy.

"Ha? Kerja? Kerja apa kau nak buat? Kerja dekat kedai makan? Kerja macam dia orang tu, part time?" Dia menunjuk pada pekerja kedai yang ada di sekeliling mereka. Ramai juga orang yang buat part time kerja di kedai makan mahupun kedai pakaian. Hendak atau tidak je.

Teja geleng laju.

"Tak nak. Kerja macam tu, aku tambah stres. Aku nak buat kerja, yang aku enjoy. So, aku tak stres."

Aimy menggumam.

"Kerja apa yang tak stres?"

Teja jongket bahunya.

"Entah. Jomlah. Jalan-jalan lagi cuci mata. Nanti aku nak isi minyak kereta on the way balik. Ingatkan aku tau." Teja terus raih lengan Aimy, menariknya berjalan.

Dia tinggalkan satu lagi wishlist. Dan dia harus mencari jalan lain untuk mendapatkan duit.

Untuk minta pada ibunya, itu bukan caranya. Dia tahu Dayana menyara mereka cuma dengan gajinya. Arwah ayahnya meninggal cuma dengan EPF yang tidak sebanyak mana. Maklumlah, baru berapa tahun dia bekerja ketika itu. Kedua ibu bapanya kahwin muda, dan bapanya juga meninggal muda. Mati mengejut. Tiada punca. Suatu hari, ayahnya tidak bangun dari tidur, dan akhirnya disahkan meninggal. Penangan hebat buat Teja yang sememangnya rapat dengan ayahnya.

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now