BAB 3

438 18 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Teja menendang-nendang batu kecil di kakinya. Lama pula bas ni. Dia mahu ke Arab Street untuk mencari makanan Melayu. Setahunya, di situ banyak kedai dan masyarakat Melayu Singapura juga banyak yang bertumpu di sana bagi mendapatkan makanan.

Tadi, sebaik saja dia tersedar dari tidurnya, perutnya terus berkeroncong. Kalau diikutkan, Arab Street dan Lavender Street memang tak jauh. Tapi, Teja tak sanggup berjalan. Dia sudah ada tourist travelling pass yang membolehkan dia naik saja mana-mana bas dan MRT yang ada. Kenapa mahu membazir tenaga?

Teja toleh ke kanannya apabila bunyi derap kaki kedengaran. Oh, lelaki sombong tadi.

Tapi, Teja buat tak peduli saja padanya. Apabila lelaki itu duduk di kerusi di hujung sana, Teja tak toleh lagi. Seorang lelaki berbangsa asing pula datang, dan duduk di antara mereka. Teja terus menegurnya mesra, membuatkan Tuah yang kononnya sedang mendengar headphone itu rasa terganggu pula.

Apabila dilihatnya lelaki berbangsa asing itu dan gadis pelik itu bergelak ketawa, Tuah menggeleng kepala. Perempuan ni memang tak reti takut. Aku yang lelaki ni, naik seram tengok dia macam tu. Sempat dia membebel dalam hati.

Pameran itu akan bermula malam ini, di Sands Expo and Convention Centre yang terletak di Bayfront Avenue. Sekarang pukul 5:00 petang. Untuk sampai ke situ, menurut peta perjalanan MRT, takkan ambil masa yang lama pun. Memandangkan pameran itu dibuat di lokasi berdekatan dengan banyak tarikan utama seperti Taman Merlion, Tuah mahu pergi awal sedikit. Bolehlah dia berjalan di situ sebelum masuk ke ruang pameran.

Esok petang, dia akan pulang ke Malaysia. Cadangnya, dia mahu tidur saja esok pagi hingga tengah hari. Kemudian, bolehlah dia terus ke airport untuk pulang ke Malaysia terus. Walaupun ini kali pertama dia ke Singapura, Tuah tiada niat mahu berjalan-jalan. Lagipun, nanti Dhan akan mencarinya pula. Malas Tuah mahu bersoal jawab dengan Dhan.

Dia ke sini pun, Dhan baru tahu sebelum dia bertolak. Dia tahu, Dhan lebih risaukan dirinya. Bukanlah risau kerana Tuah anaknya, tetapi kerana perniagaannya. Paling kukuh di ingatannya, jangan pergi Geylang. Itu pesanan Dhan padanya. Tak ada pun, 'Jaga diri ya, nak,'. Humph... Ingatannya pada Dhan terusir apabila gelak tawa gadis itu kedengaran kuat.

Amboi. Ni nak menunjuk ke apa ni? Tuah toleh ke arah mereka, dan dia dapat menangkap gadis itu sedang mencuri pandang ke arahnya. Tuah terus menunduk sambil tersenyum. Memang sengaja la tu, nak pancing aku.

Tuah kuatkan volume lagu yang sedang didengarinya. Sengaja dia perlahankan tadi. Bimbang tidak mendengar hon kereta semasa sedang berjalan tadi. Bahaya juga, kalau dia betul-betul lupa diri di tengah orang ramai. Selalunya, headphonenya dipakai cuma untuk mengelakkan orang lain menegurnya. Mafla yang berlilit di leher ditarik ke atas sedikit, menutup mulutnya.

Sekejap-sekejap Teja menjeling ke arah lelaki itu yang tidak langsung memandangnya. Tak dengar ke aku tengah seronok bersembang macam ni? Ni baru namanya tak menyombong! Sempat Teja mengutuk dalam hati.

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now