Lama Wafi berdiri di depan galeri yang bertanda tutup itu. Tutup lagi. Hari tu pun spy aku cakap tutup. Hari ni tutup lagi. Wafi gigit hujung tangkai sunglasses, berkira-kira mahu tunggu atau pergi saja.
Sudah tiga kali dia datang dengan hajat mahu bersemuka dengan orang yang kononnya sudah berjaya mencuri hati Teja. Malangnya, kunjungannya setiap kali menemui kegagalan. Sudahlah nak curi masa datang tu, dah susah. Takut bertembung dengan Teja pula.
Tahu dek Teja, Wafi ke sini, mahu mengamuk dia.
"Ya, cari siapa?" Tegur seorang lelaki berambut paras bahu. Rambutnya yang tidak berikat kelihatan semak di mata Wafi. Wafi terkulat-kulat sekejap sebelum melempar senyum. Rasanya ini orang yang dia cari. Pencuri hati Teja.
"Saya nak masuk galeri ni, awak kerja sini?" Tanya Wafi berbasa-basi.
Tuah angguk sekali. Seminggu dia tak datang galeri sebab takut diserang Teja. Tak tahulah Teja cari dia atau tidak. Tuah terus tanggalkan tanda tutup yang dilekat di shutter. Kunci shutter dibuka dan sambil diperhatikan Wafi, dia membuka shutter dan pintu galeri.
Suis dipetik dan Wafi membuntuti Tuah masuk ke dalam galeri. Tuah terus capai bulu ayam bagi membuang debu yang berkumpul. Wafi memerhatikan sekeliling. Lukisan yang tergantung memang mengagumkannya. Harapkan dia nak lukis, pemandangan kampung nelayan bolehlah. Itupun sahih dapat D. Kalau cikgu kesian, bolehlah dapat C.
"Kau lukis semua ni?" Kata panggilan yang berubah buatkan Tuah berhenti membuang debu.
Tuah angguk dengan wajah yang tenang. Aura lelaki ni lain macam. Tengok gaya dia terhendap-hendap tadi, Tuah tahu dia ke sini bukan untuk melihat lukisannya. Tapi, pengalamannya dengan Dhan sudah cukup untuk mengajarnya. Tuah takkan cari pasal kalau orang tak cari pasal.
"Berminat nak beli?" Tanya Tuah acuh tak acuh.
Wafi cuma tersenyum sebelum menggeleng. Sunglasses disangkut di leher baju, sebelum kedua tangannya menyeluk poket seluar. Dia berdiri di tengah galeri, memerhatikan Tuah yang sedang menyusun beberapa perhiasan yang ada.
"Aku ada hal nak cakap dengan kau. Pasal Teja." Mendengar nama itu, Tuah berhenti menyusun. Dia hela nafas berat sebelum berpusing menghadap Wafi yang kini memandangnya.
Wafi menanti dengan riak tenang, melihat Tuah yang kini membuka langkah ke arahnya. Tuah selak rambutnya ke belakang, diselit ke belakang telinga.
"Kau abang dia." Tuah membuat kesimpulan. Bila diperhatikan wajah Wafi berdepan begitu, ada iras wajah Teja di wajahnya. Rindu pula dia pada si Teja. Tuah mengeluh perlahan di luar sedarnya.
Wafi angguk dengan raut sedikit bangga.
"Baguslah kalau kau dah kenal aku. Aku Wafi. ASP Wafi." Wafi hulurkan sebelah tangan.
Tuah menyambutnya tanpa teragak-agak.
"Tuah."
Genggaman tangan dilepaskan. Wafi masih tidak melarikan matanya dari Tuah, cuba untuk mencerna di mana tarikan Tuah hingga Teja jatuh cinta begitu sekali gayanya?
"Jadi, kau kenal la Teja, kan?" Tanya Wafi dengan nada mendatar.
"Kenal sangat."
Tuah terasa geli hati pula. Kalau polis tu memang polis jugalah.
"Adik aku kata, dia nak kahwin dengan kau."
"Yup. Aku tutup kedai ni seminggu, sebab tak nak dia datang sini la," beritahu Tuah selamba.
YOU ARE READING
Tuah Kasihnya Teja
RomanceKOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa menyendiri sejak kecil menyulam rasa tidak senang apabila hidupnya dicerobohi Teja, gadis tekad dalam segala hal dan becok tak kisah orang suka...