Entah apa mimpi Teja hari ini, mahu dia datang lebih awal. Cepat-cepat juga Teja cakap bayarannya akan dikira seawal mereka bertemu. Tuah cuma mampu menggeleng. Bukan wang isunya. Dia tak ada masalah kewangan.
Haih, kalaulah Teja tahu, kerja ini dibuat semata-mata kerana Tuah risaukan Teja. Err... Risau ke, takut?
Pin! Tuah panggung muka, dan Teja melambai dari dalam kereta Kelisa miliknya betul-betul di depan Tuah.
Masuk ke dalam kereta, Tuah lirik Teja hairan.
"Awak nak pandu ke?" Tanyanya. Hairan dia apabila Teja tidak keluar dari kereta seperti selalu. Akhirnya dia yang masuk dan duduk di sebelah Teja.
Teja angguk sambil menarik senyum manis ke arah Tuah.
"Sebenarnya, hari ni, saya batalkan kelas," beritahu Teja riang.
Tuah angkat sebelah kening.
"Kenapa? Awak sakit?" Laju Tuah bertanya. Teja senang mendengar soalan itu.
Sambil memandu, Teja lirik Tuah sekali lalu.
"Awak ni, dulu bukan main tak nak jadi pemandu saya. Sekarang, macam dah seronok nampak?" Soalan Teja memerangkap Tuah.
Tuah terus gosok hidungnya, kalut.
"Eh, mana ada. Pelik je. Kenapa batalkan kelas?"
Teja senyum lagi.
"Hari ni hari lahir saya," beritahu Teja tanpa memandang ke arah Tuah.
Tuah terpempan sesaat.
"Erm, happy birthday, I guess."
"Saya nak hadiah!"
Sekali lagi Tuah garu hidungnya.
Matanya masih tak lepas dari wajah Teja yang masih tersenyum sejak tadi. Berkerut-kerut dahinya dalam usaha untuk cuba memahamkan tindakan Teja yang agak spontan itu.
"Hadiah? Hadiah apa? Saya tak tahu, so saya tak sempat nak belikan hadiah untuk awak," ujar Tuah jujur.
Teja ketawa kecil.
"Tak perlu hadiah tu semua. Saya cuma nak awak temankan saya hari ni, kita pergi date. Okey?"
Tuah makin kelu.
"D-date?" Makin bingung dia.
Teja juihkan bibirnya melihat reaksi Tuah.
"Ee, awak ni! Orang ajak dating pun tak nak. Tak kira, awak nak ke tak, saya tetap nak awak temankan saya hari ni."
Tuah diam. Jenuh otaknya memproses permintaan Teja yang agak tak dijangkanya itu. Seperti selalu gaya Teja, penuh dengan kejutan.
"Bukan saya tak nak, tapi saya bukan boyfriend awak." Sebaris ayat itu keluar dari bibirnya tanpa berfikir panjang.
YOU ARE READING
Tuah Kasihnya Teja
RomansKOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa menyendiri sejak kecil menyulam rasa tidak senang apabila hidupnya dicerobohi Teja, gadis tekad dalam segala hal dan becok tak kisah orang suka...