BAB 2

533 19 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hi! We meet again!" Sekali lagi Tuah mahu terlompat apabila gadis itu tiba-tiba buat roadblock depan mukanya. Aduh! Macam mana boleh jumpa lagi? Aku tahulah Singapura ni kecik! Agak-agaklah nak terserempak berkali-kali pun!

Tuah terus tayang muka blur. Tapi kali ini, Teja tak mahu berundur. Alang-alang mereka sama-sama menunggu bas di hentian itu, apa salahnya bersembang? Mungkin ada yang lelaki ini faham dari tutur bicaranya.

"Where are you going? I'm heading to Buskers Hostel. Just along this street, at the crossroads. You?" Soal Teja riang.

Tuah rasa macam nak sorok muka dalam tanah. Minah ni tak reti diam agaknya. Mulut dia macam makan bertih jagung, bercakap tak berhenti!

Nak lari, dia juga menuju ke arah yang sama. Nak jalan kaki, memanglah boleh tapi panas! Tuah tak tahan!

Sudahnya, dia memilih untuk tidak mempedulikan gadis itu.

Teja masih merenung lelaki itu yang berlilit mafla di leher. Pelik, lelaki ni tak panas ke? Mafla tu dari tadi berlilit dekat leher dia.

"Aren't you feeling stuffy? With that scarf on your neck?" Soal Teja akhirnya. Dari tadi dia gatal mulut mahu bertanya. Memang bukan keperluan untuk ambil tahu, tapi dia sendiri rimas apabila melihat mafla itu berlilit di situ.

Tuah buat-buat tak dengar. Volume headphone dikuatkan ke maksimum. Dia tak mahu dengar sepatah lagi perkataan yang keluar dari mulut gadis asing itu.

"You don't understand me?"

Tuah lirik wajah gadis itu yang sedang berkata sesuatu. Dia terasa seolah-olah sedang menonton filem bisu pula. Geli hatinya melihat gadis itu bercakap tapi dia tidak mendengarnya langsung.

"Is it your first time here? Where are you staying?" Tanya Teja lagi.

Aneh. Walaupun dia tidak menjawab, Teja terus bertanya dan bertanya sehinggalah bas sampai di depan mereka. Tuah mengeluh pendek. Destinasi mereka sama. Macam mana lagi dia mahu mengelak daripada gadis ini? Nanti, di kaunter receptionist, kantoilah dia boleh berbahasa Inggeris. Silap-silap, lepas ini gadis itu akan terus mengganggunya.

Teja melangkah ke arah bas dengan rasa teruja, sebelum dia menoleh ke arah lelaki itu.

"You're not coming? It's not your bus?" Tuah perhatikan saja riak wajah gadis itu yang sedang bercakap dengannya. Gadis itu kemudiannya melambai ke arahnya sebelum menaiki bas. Sebelum pintu ditutup, sempat lagi gadis itu melambai dengan senyum lebar. Rambut ikalnya yang separas bahu itu turut beralun-alun mengikut gerakan badannya.

Sebaik saja bas itu pergi, Tuah menggeleng lagi dalam senyum.

"Degil betul perempuan ni. Aku buat bodoh je, dia boleh bercakap lagi dengan aku. Tak reti malu agaknya," komennya tanpa sedar.

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now