BAB 22

8 0 0
                                    


Berdebar-debar dada Tuah tatkala kedengaran bunyi pintu galeri dibuka. Apabila dia menjengah dari sebalik partition, satu susuk sedang membelakangkannya. Lega. Ingatkan si Teja lagi. Ada rasa lain mengiringi, tetapi Tuah cepat menghalau perasaan itu kerana pengunjung kali ini benar-benar menarik perhatiannya.

Pengunjung lelaki itu begitu asyik memerhatikan sebuah lukisan yang dilukisnya semasa dia di India. Lukisan yang bertemakan Taj Mahal itu memang mengasyikkan jika diperhatikan secara teliti. Tuah mendekati lelaki itu yang berkemeja tangan pendek. Lengan yang berketul-ketul buatkan Tuah teringatkan pada Dhan.

Lelaki ini macam kenal tapi macam asing juga. Tuah perhatikan tatu di lengannya. Sah. Dia kenal lelaki ini. Dia menghampiri seraya berdeham perlahan.

"Berminat ke sini?" Tanyanya sebaik saja mereka berdiri bersebelahan.

Apabila lelaki itu menoleh, riak wajah Tuah beku seketika. Apabila lelaki itu menghulurkan penumbuknya, Tuah turut mengepalkan tangannya dan melagakan penumbuk mereka ringkas.

"Jack. Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Tanya Tuah riang. Tangannya melekap di belakang tubuh Jack yang jelas sudah berubah fizikalnya berbanding 10 tahun dulu. Dulu, Jack boleh melayang kalau ditiup angin. Sekarang, dah berketul-ketul badannya.

"Ini kawasan Dhan la. Mana kau nak lari? 10 tahun baru kau balik, kau tak jumpa Dhan pun?" Sindir Jack buatkan Tuah ketawa.

"10 tahun tu lama, Jack. Aku yakin Dhan sibuk. Kau pun aku tengok... dah lain." Tuah melirik tubuh Jack atas bawah.

Jack ketawa ringkas.

"So, ini kerja kau sekarang?" Tanya Jack.

Tuah angguk. Dia perasan, perangai Jack juga sudah berubah. Lebih menakutkan dan lebih menggerunkan. Ramahnya ada tapi kedengaran kekok. Auranya memang lain. Kalau dulu, dia pusing-pusing saja si Jack ni. Sekarang, rasanya Jack bukan lagi Jack yang sama. Pendek kata, Jack sudah berubah seperti cabaran Tuah dulu. Dia sudah jadi seperti Ronny, dan Pet.

"Inilah kerja aku. Melukis, dan menjual lukisan. Nak beli? Aku kasi diskaun," seloroh Tuah.

Jack cuma sunggingkan sebelah kiri bibirnya, seolah-olah cadangan Tuah itu benar-benar tak masuk akal padanya.

"Aku dah mandikan tangan aku dengan darah, kau nak aku beli lukisan pula?" Spontan Jack mengalihkan perhatiannya pada lukisan lain.

Tuah terkulat-kulat sekejap. Dia tak menyangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut Jack. Tapi, Jack tak ketawa. Ini bererti dia serius dan dia tidak main-main.

"So, kau datang seorang ke?" Tanya Tuah, mengubah topik. Dia tak mahu tahu kegiatan Jack selama 10 tahun lepas.

Spontan Tuah pandang ke luar galerinya. Ada dua orang yang berfizikal sama seperti Jack sedang menunggu. Tuah pantas mengerti. Jack sudah naik pangkat. Entah kenapa, ada kegusaran bermukim di hatinya tiba-tiba.

"Dhan okey? Bisnes okey?" Tanya Tuah lagi bila Jack cuba membisu.

Jack angguk-angguk.

"Okey. Lebih baik. Lebih besar. Kau nak masuk ke?" Tanya Jack berbasa-basi.

Tuah sengih dan geleng.

"Aku tahu kau ada dengan Dhan. Aku tak masuk pun tak apa, kut?" Sengaja Tuah menduga.

Jack tersenyum nipis.

"Bagus. Buat apa yang kau mampu buat. Yang kau tak mampu..." sebelah tangan Jack singgah ke bahunya, padat dan berat dirasakannya.

Mata mereka bertentang.

"Serahkan pada aku." Jack menepuk bahunya dua kali sebelum beredar ke pintu.

"Aku akan sampaikan salam kau pada Dhan," ujar Jack seraya keluar dari galeri. Dua lelaki tadi setia mengekorinya dari belakang dengan wajah bengis masing-masing.

Tuah menghela nafas berat. Kini dia terasa seperti perlu untuk bersemuka dengan Dhan, selepas 10 tahun.

WAFI tenung skrin telefonnya lama. Wajah lelaki bertatu yang mengunjungi galeri Tuah tadi terpampang di skrinnya, beserta dua orang kuatnya di belakang. Wafi kenal sangat lelaki itu. Dialah punca operasi Dhan semakin besar kebelakangan ini. Lelaki ini lebih berani berbanding Dhan. Walaupun dia cuma orang bawahan Dhan, tapi Wafi tahu dia tunjang utama kepada bisnes dadah Dhan sekarang.

Wafi mengurut dagunya.

"Tapi kenapa aku macam kenal je dia orang ni?" Melihat kedua mereka bersama, ada sesuatu mengetuk mindanya. Selama ini, dia memang rasa seperti macam pernah lihat Jack, tapi dia tak ingat di mana. Sejak Jack mula aktif sebagai orang kanan Dhan, Wafi memang sudah kenal sangat wajah itu.

Tapi kali ini, mindanya ligat menyelongkar lipatan memorinya. Siapa mereka ya? Di mana aku pernah tengok mereka?

Wafi letak telefonnya dan menyandar ke kerusinya. Matanya dipejamkan, dan dahinya berkerut-kerut. Jemarinya turut mengetuk meja dalam usahanya cuba mengingat kembali.

Wafi tiba-tiba membuka matanya, dan telefonnya disambar rakus.

"Ahah!" Kini dia sudah ingat kembali.

Merekalah yang memecah masuk rumahnya 10 tahun lalu. Jack sudah berubah secara fizikal. Patutlah sukar untuk dia cam. Terlalu besar perubahan Jack. Kalau bukan kerana susuk Tuah yang tak banyak berubah, pasti sampai sekarang sukar untuk Wafi korek kembali cebisan ingatannya.

Wajah merekalah yang tertangkap dalam CCTV yang dipasangnya di dalam dan di luar rumah tanpa pengetahuan Dayana dan Teja. Wafi menggumam.

Kening Wafi bertaut lagi.

"Tapi apa hubungan Tuah dengan Jack?" Dua kali mereka dilihat bersama, itu bukan satu kebetulan.

Jack ada kaitan rapat dengan Dhan. Dari gaya Jack, Tuah juga seorang yang dikenalinya rapat sejak 10 tahun lalu. Ini bererti... Tuah kenal Dhan?

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now