BAB 6

303 14 4
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Woi!" Jerkahan itu buatkan Tuah menoleh laju, sebelum kembali memusatkan pandangannya ke hadapan. Dia tak terkejut kalau Jack tiba-tiba muncul di sini. Jack selalu begini. Dia tahu juga, Jack punya tugasan yang berbeza dari orang bawahan Dhan yang lain. Jack perlu mengawasinya.

Cuma di Singapura tempoh hari saja dia benar-benar bersendirian. Pulang ke sini, jangan haraplah dia akan dibiarkan tanpa pengawasan. Lagipun, itu semua untuk tujuan keselamatan.

Keselamatan? Tuah melepaskan keluhan pendek. Cappuccino ice blended di tangannya disedut lagi. Panas-panas begini, memang sedap minum air ais.

"Kau tak bosan ke?" Tanya Jack padanya seraya memusingkan tubuhnya, bersandar di besi yang turut menjadi sandaran tubuh Tuah. Bezanya mereka memandang arah yang berbeza.

Jack kunyah chewing gum dalam mulutnya hingga hilang rasanya, sebelum diludahkan begitu saja ke atas rumput. Tuah perasan, tetapi malas dia hendak buka mulut menegur. Orang macam Jack, tak guna ditegur begitu.

"Bosan apa?" Tanya Tuah kembali. Disua airnya pada Jack. "Nak?"

Jack geleng.

"Kalau kau nak pun, aku suruh kau beli sendiri. Aku tak nak bagi aku punya." Balasan Tuah buat Jack acah menendangnya.

"Kurang asam kau!"

Tuah tersengih selamba. Sejak beberapa tahun ini, cuma Jack saja yang menjadi teman berbualnya. Itupun kalau Jack muncul. Dia tak boleh panggil Jack sesuka hati. Jack bekerja dengan Dhan, bukan dengannya.

"Kau buat apa sini?" Tanya Tuah berbasa-basi.

Jack bersandar lagi pada besi itu. Diperhatikan manusia yang lalu-lalang di tepi jalan di kawasan perumahan mewah dan terpencil ini. Orang kaya di sini suka joging di kaki bukit. Di kawasan yang paling tinggi di sini memang ada pemandangan yang cantik. Sejak dia kenal Tuah sejurus selepas dia menyertai kumpulan Dhan, dia perasan Tuah suka ambil angin di sini.

"Wei, awek! Awek!" Ujar Jack teruja. Seorang wanita berbadan cantik sedang berjoging melalui mereka. Sikit pun dia tak melihat ke arah mereka.

Tuah kerling sekali lalu sebelum geleng kepala.

"Berani, pergilah ayat! Setakat bising dekat sini, buat apa," perli Tuah.

Jack tersengih menampakkan gigi yang tidak teratur. Membesar di jalanan di KL, mana pernah Jack yang berdarah Cina India itu kenal erti pemeriksaan gigi. Sekolah pun tak pergi. Nasib baik boleh juga membaca. Kalau tidak, bodoh begitu je. Sia-sia hidupnya.

Jack tepuk bahu Tuah kuat.

"Kalau aku pergi, macam ni, tak style la. Aku takut dia orang kejar aku. Aku malas la." Dalih Jack buat Tuah ketawa.

"Cakap besar," ulas Tuah lalu menyisip airnya lagi.

Jack keluarkan sekeping lagi chewing gum lalu dimasukkan ke dalam mulut. Plastik bungkusannya sekali lagi dibuang begitu saja ke atas rumput. Tuah terus tendang kakinya. Jack terpinga-pinga.

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now