KOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa menyendiri sejak kecil menyulam rasa tidak senang apabila hidupnya dicerobohi Teja, gadis tekad dalam segala hal dan becok tak kisah orang suka...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tuah melangkah tenang ke arah meja bernombor 11 apabila dilihatnya meja nombor 10 diduduki orang. Apalah minah ni. Letaklah nombor contingency, nombor 12 ke, 14 ke, dah jadi macam ni, takkan nak halau orang di meja tu kut? Sudahlah badan dia orang lagi besar daripada aku.
"Order?" Tanya seorang pekerja padanya.
"Teh tarik satu. Itu saja."
Pekerja itu berlalu bersama pesanannya. Tuah belek jam tangannya di tangan kanan. Hari ini, dia tidak mengikat rambutnya yang masih sedikit basah. Panas sangat bangun pagi tadi, Tuah terus cuci rambutnya. Dia tahu rambut panjang ni perlu dijaga. Dia kagum dengan orang lain yang simpan rambut lebih panjang daripadanya. Tabik spring.
Dah pukul sembilan. Mana perempuan ni?
Air yang dipesan sudah sampai. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Aduh. Lambat la minah ni. Tak menepati masa! Gerutunya sendiri.
TEJA terjenguk-jenguk dari dalam kereta. Meja nombor 10 jelas kelihatan di mata dari kedudukannya. Tapi, dua orang lelaki Melayu berbadan tegap duduk di situ. Tersenget-senget mulut Teja, memikirkan kemungkinan salah seorang dari mereka itu Zahid yang menghubunginya.
"Takkanlah?" Omelnya sendiri.
Memang sengaja dia pilih untuk perhatikan dulu orangnya. Kalau agak-agak macam tak boleh percaya mukanya, Teja mahu angkat kaki dan batalkan terus appointment itu. Tapi, macam mana ni? Macam mana nak decide?
Aduh...
Teja keluarkan telefonnya dan mula menaip pesanan buat Zahid.
Teja angkat muka. Aik! Dua lelaki tu dah tengah makan sepinggan nasi lemak masing-masing. Takkan itu dia?
Teja mencari-cari suspek yang berkemungkinan sebagai Zahid. Matanya tertancap pada seorang lelaki berambut separas bahu, bermafla merah berlilit di lehernya. Teja kecilkan matanya. Macam kenal.
Tuah! Teja terus lupa pada Zahid. Dia keluar dari kereta dan mengorak langkah laju ke arah meja yang diduduki Tuah.
Apabila kerusi di depannya ditarik tiba-tiba, Tuah terus panggung muka. Tuah gelak tak percaya.
"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Teja riang.
Tak sangka akan jumpa Tuah dekat sini. Kecilnya dunia! Sangkanya, mereka takkan bertemu lagi sampai bila-bila. Mafla merah itu takkan dilupakannya.
Tuah jongketkan sebelah hujung bibirnya. Perempuan ni memang tak berubah langsung. Dengan rambut pendeknya, T-shirt serta jean, begitu bersahaja dan selamba, comel di matanya.
"Kenapa? Awak je boleh makan sini?" Balasnya seraya menghirup air. Tuah terus menggamit seorang pelayan.
"Order?" Tanya Tuah pada Teja apabila seorang pelayan mendekati mereka. Teja angguk laju.