BAB 11

262 12 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tuah terkejut apabila cermin tingkap kereta yang dikunci dari dalam diketuk kuat. Teja berdiri di tepi pintunya dengan raut wajah yang tegang. Tuah terus membuka kunci, dan pintunya dibuka Teja kasar dari luar. Dihulurkan failnya kepada Tuah yang menyambut dalam bingung.

Teja kemudiannya ke pintu pagar rumah kembali, di mana seorang wanita sedang memeluk tubuh, juga dengan wajah tegang.

Tuah mengerti, mereka sedang bergaduh. Selama dua minggu dia menjadi pemandu tak rasmi Teja, ini kali pertama dia melihat Teja berwajah begitu.Teja turut memeluk tubuhnya di hadapan kliennya.

"Jadi, puan tak nak bayar saya la ni?" Tanya Teja dengan nada mendatar. Tuah terus tegakkan kerusinya, memasang telinga.

Wanita dalam lingkungan awal 40-an itu mendesis sambil memandang Teja dengan pandangan sinis.

"Kau tak senonoh. Mentang-mentang suami aku ada, menggatal pula dengan dia. Kenapa aku nak bayar kau?"

Teja pejamkan matanya mendengar tuduhan itu.

Matanya kemudian mencerlung ke arah wanita di depannya.

"Saya dah cakap, kan... Anak puan buat fitnah. Saya pergi dapur untuk minum tu, sekejap je. Mana saya tahu suami puan ada di situ. Danish dengar, suami puan yang tegur saya dulu. Bukan saya tegur dia dulu," balas Teja masih dengan suara bernada rendah, tapi getarnya tetap ada.

Tuah keluar dari kereta, sengaja menunjukkan dirinya supaya klien Teja itu tahu bahawa Teja tidak bersendirian.

Wanita itu ketawa sinis.

"Kau nak tuduh anak aku pembohong pula?"

Teja hela nafas dalam, sebelum dilepaskannya, cuba menahan amarah yang sedang membuku.

Dihulurkan tangannya kepada wanita itu dengan mata yang terpejam. Sakit hatinya melihat wanita itu yang juga memandangnya dengan perasaan mendongkol.

"Bayar duit saya, saya blah dari sini. Kalau puan nak berhentikan khidmat saya, tak ada masalah. Tapi malam ni saya dah mengajar. Macam mana saya nak undur balik masa yang dah terbuang? Cuba beritahu saya." Sekali lagi matanya tajam memandang wanita di hadapannya.

"Aku takkan bayar. Kau pergi dari sini! Ini kelas terakhir kau di sini!" Wanita itu mahu menutup pagar, tetapi Teja lebih pantas menahannya.

Terkejut kliennya dengan kudrat Teja yang begitu kuat menahannya, sedangkan tubuhnya lebih besar daripada Teja. Tuah lagi terkejut. Dia tak sangka Teja akan bertindak begitu.

"Bayar duit saya, puan. Sementara saya masih cakap baik-baik, tolong bayar," arah Teja lagi.

Tuah sudah bersedia dengan kuda-kuda, kalau-kalau wanita itu berkasar dengan Teja. Wanita itu cuba menolak Teja, tapi Teja lebih cekap dan bersedia nampaknya. Tangannya yang mahu menolak badan Teja ditangkap Teja dan ditariknya wanita itu keluar dari pagar. Wanita itu terdorong ke arah Teja dan Tuah di belakangnya yang terpempan.

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now