BAB 10

268 12 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tuah terjaga dari lenanya apabila lagu Dekat Padamu nyanyian Yusry KRU bergema betul-betul di telinganya. Dicapai telefon itu dengan mata yang masih tertutup. Sebelah mata dibuka, menjeling nama pemanggil. Siapa pula call petang-petang macam ni? Gerutunya.

Teja?

Tuah tekup kembali skrin telefon ke atas katil. Apa perempuan ni nak pula? Aduh...

Untuk beberapa saat, dibiarkan saja lagu itu terus bermain. Rasa kantuknya masih menguasai. Dia tak terasa seperti mahu menjawab panggilan itu. Akhirnya lagu itu berhenti sendiri.

Tuah kelegaan. Baru saja dia mahu memasuki alam mimpi kembali, lagu itu kedengaran lagi. Tuah menyebak rambutnya yang menutup muka, geram. Perempuan ni mana tahu give up! Aduh! Menyesal aku contact dia. Kan dah terjerat?

Dia renung skrin dengan mata separuh terbuka sambil merengus keras. Ditekan butang hijau dengan rasa malas.

"Helo..." meleret sapaannya.

"Awak tidur ke? Hei, kan awak dah mula kerja dengan saya hari ni?" Suara Teja keras menerpa cuping telinganya.

Tuah mendengus.

"Saya tak janji pun pagi tadi. Saya cakap saya tak nak kerja, kan?" Balasnya mendatar.

"Ala, awak. Saya dah tunggu awak dah ni. Takkan awak tak kesian dekat saya? Please... saya perlukan awak..."

Pujukan Teja buat Tuah serba-salah. Matanya terpejam kembali.

"Pergilah sendiri. Nanti cari orang lain lagi."

"Tak nak! Saya nak awak juga!"

Tuah buntu.

Bala! Bala!

"Awak... please... ibu saya tak tahu lagi saya nak upah orang ni. Saya tak nak dia risau kalau saya upah sembarangan orang je. Please... saya kasi awak RM10 sejam, boleh? Sehari at least RM40 awak boleh dapat tau. Home tuition bukan macam tuition centre. Sekali pergi, saya dapat RM40 tau. Takkan awak tak nak? Siapa nak kasi awak RM50 hari-hari? Ke tak cukup?" Teja terus memberi harga. Tadi, Tuah dan dia berpisah haluan, Teja tak ingat langsung mahu beri tawaran harga.

Tuah menggumam dengan mata yang masih terpejam.

"Saya tunggu awak di mamak tadi. Pukul enam saya ada kelas. Saya tunggu awak ya. Datang tau." Talian terus putus.

Untuk seketika, telefon itu masih melekap di telinganya. Tuah bawa telefonnya ke depan muka untuk melihat waktu di skrin.

"Pukul 5. Humph..." matanya terpejam kembali.

Pap!

"Hoi!" Tuah terjerit kuat apabila telefonnya terlepas dari tangan lalu jatuh ke atas mukanya. Sakit bukan main.

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now