𝐓𝐘𝐓 01 : NIKAH MUDA

82 4 0
                                    

"Muhammad Haris Aiman bin Muhammad Anaqi,"

"Ya saya,"

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Bella Qaima binti Nafis Azahari, dengan mas kahwinnya RM5000 tunai,"

"Aku terima nikahnya, Nur Bella Qaima binti Nafis Azahari, dengan mas kahwinnya RM5000 tunai,"

"Para saksi bagaimana ? Sah ?"

"Sah,"

"Sah,"

"Alhamdulillah..."

Para tetamu dan pengantin mula menadah tangan untuk mengaminkan bacaan doa. Sesekali Haris menjeling Bella di pelamin.

Gadis itu terlihat sungguh ayu dengan baju kurung putih dan shawl nya. Wajahnya nampak natural. Terserlah seri pengantin di wajah lembutnya.

"Aaminn, aaminn, ya rabbal alamin. Alhamdulillah, selesai sudah akad nikah. Sekarang, acara pembatalan air sembahyang,"

"Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin untuk pengantin perempuan di pelamin,"

Haris bangun dari duduknya. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri Bella di pelamin.

"Cantiknya Bella," puji Haris.

Bella terpaksa senyum lebar. Naik geli dia dengar pujian dari Haris.

Puan Qamar hulurkan cincin buat menantunya. Di sambut oleh Haris dan disarungkan di jari manis gadis itu.

Giliran Bella pula. Dia sarungkan cincin pada Haris dan terdiam.

"Tunggu apa lagi, dik ? Salam lah suami kamu tu," bisik Puan Qamar.

Bella ternganga. Salam ? Mamat ni ?

"Ha salam lah cepat," gesa Puan Qamar.

Dengan penuh terpaksa, Bella hulurkan tangan bersalam dengan suaminya. Senyuman cuba diukir meskipun terlihat palsu.

"Baik isteri saya,"

Cameraman memulakan tugas mereka. Mengambil gambar di hari indah pasangan itu. Huh, indah ?

"Ya Allah, penatnya hari ni..." Bella labuhkan punggung pada birai katil.

Badan dibaringkan sebentar. Matanya dipejam rapat.

Tiba-tiba terasa sentuhan lembut yang memegang bahunya. Automatik Bella tersedar.

"Eh, pahal pegang-pegang ?" tolak Bella kasar.

"Amboi kasar," senyuman nakal terbit di bibir Haris.

Bella buat muka menyampah. Gerun sedikit dia melihat wajah Haris begitu.

"Dah lah, jangan kacau. Pergi mandi sana," halaunya.

"Kau ni, cakap dengan suami pun kasar-kasar. Jadi isteri derhaka, baru tau," perli Haris.

Bella tersedar. Syurganya kini pada Haris, bukan lagi Puan Qamar.

Tapi dia rasa awkward sangat kalau cakap lembut-lembut. Geli pun ada. Sebab tak pernah lagi dia berlembut selain dengan keluarga.

"Hah, tahu pula diam. Rasa berdosa dah, ke ?" sindir Haris lagi.

Bella berdecit kecil. Mamat ni banyak songeh lah !

"Yelah, sorry," pinta Bella perlahan.

Haris yang baru mahu bergerak ke bilik air, terbantut langkahnya. Kepala dipaling ke belakang.

"Apa dia, Bella ? Tak dengar lah," usik Haris.

"Ishh, sorry lah," Bella mengulang.

Haris mengangguk seraya tersenyum kecil.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now