𝐓𝐘𝐓 26 : KEMBAR

54 6 0
                                    

3 tahun kemudian...

"Along, angah, dah lah tu. Tak payah layankan sangat budak-budak ni," rengus Bella.

"Biar lah, ini anak buah kitorang kan ?" Nurhan memberi alasan.

Buatkan Bella tarik nafas dalam, menahan sabar. Ada-ada saja karenah abang-abangnya ini.

2 tahun lepas, Bella berjaya lahirkan dua orang anak kembar lelakinya yang sangat comel. Putera-putera kecil Bella diberi nama Haraz Qayyum dan Hariz Qayyim.

Bella sudah tinggal di rumah ibunya selepas dia keluar dari hospital. Kali terakhir dia berjumpa bekas suaminya semasa penceraian mereka selepas kelahiran kembar.

Dan selalunya Encik Haiqal dan Hariz sahaja yang kerap datang melawat Bella. Bella pula tidak pernah menjejakkan kakinya ke rumah sana lagi.

Namun walaupun Bella telah bercerai dan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan keluarga itu, mereka berdua tetap menganggap Bella seperti keluarga sendiri.

"Haraz, Hariz, sudah-sudah lah tu makan candies. Nanti gigi awak rosak tau," pesan Bella.

"Nak... shatu..." petah si abang menjawab.

"Biar lah diorang Bella. Nanti lepas makan, Haraz dengan Hariz gosok gigi, okay ?" Nu'man bersuara.

Keluhan panjang terlepas dari bibir Bella. Mahu dimarah, kesian pula.

Akhirnya dia biarkan sahaja Nu'man dan Nurhan melayan kembar.

Ini lagi satu hal.

Masa Bella pregnant dulu, Bella suka sangat bergaduh dengan Nu'man dan Nurhan. Suka cari pasal. Pastu lama-lama gaduh. Boleh pening kepala Puan Qamar melayan mereka tiap hari.

( FLASHBACK )

Bella duduk di kerusi panjang menghadap tv. Suka dia dapat menonton kartun Upin Ipin sambil menikmati roti buatan ibunya.

Tiba-tiba Nu'man dan Nurhan datang lalu melabuhkan punggung di sebelah Bella. Kini Bella diapit oleh abang-abangnya.

Entah apa kena dengan Bella, tapi dia rasa tak selesa. Dia nak duduk sofa tu seorang diri.

"Along, angah, tepi lah. Adik nak tengok tv ni..." rengek Bella.

"Tengok lah. Kitorang tak kacau pun," Nurhan bersuara.

"Kacau ! Adik nak tengok tv sambil duduk sini sorang-sorang !" Bella bertegas.

"Eh, kerusi ni panjang kot. Apahal nak duduk seorang pula ?" giliran Nu'man bersuara.

"Tak nak ! Adik nak duduk seorang juga ! Ish, tepi lah..." tegas Bella lagi.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now