Hampir seminggu Bella mengalami demam panas. Badannya lemah, tidak bermaya. Apa-apa perlukan bantuan orang lain.
Jadi, sepanjang seminggu juga Haris terpaksa mengambil EL. Seminggu dia tidak ke pejabat kerana menjaga Bella.
Hari ini, Bella sudah sihat sepenuhnya. Jadi, Haris bercadang ingin pulang ke rumah mereka memandangkan Haris akan mula bekerja esok.
"Bella, dah siap packing ke ?" soal Haris di atas katil.
Lambat-lambat Bella menarik zip begnya. Suram wajahnya tidak dapat ditutup lagi.
"Dah," balas Bella perlahan.
Haris tutup phone nya dan letakkan di atas katil. Kaki dibawa melangkah ke arah Bella yang sedang duduk di hadapan almari.
"Kenapa ni, Bella sayang ?" soal Haris lembut seraya duduk di sebelah Bella.
"Bella sedih. Bella nak duduk dengan ibu," luah Bella.
Sejak seminggu berlalu, tidak pernah lagi Bella berkasar pada Haris. Dia cuma membahasakan dirinya dengan nama, tanpa 'aku-kau'.
"Bella jangan sedih, sayang. Bila-bila nanti Haris bawa Bella jumpa ibu, ya ?" pujuk Haris.
Bella mengangguk kecil. Hatinya berat ingin meninggalkan keluarganya lagi.
"Dah jom, kita keluar. Lambat gerak nanti lambat sampai," Haris mengangkat beg Bella dan dipapah Bella bangun.
Sebaik keluar dari bilik, kelibat Puan Qamar menjengah pandangan. Wanita separuh abad itu kelihatan baru sahaja melabuhkan punggung di sofa.
"Ibu..." tegur Bella.
Puan Qamar berpaling. Memandang anak bongsu dan menantunya bersama beg di tangan.
"Adik nak balik dah ?" sayu Puan Qamar menyoal.
Bella mengangguk. Perlahan dia membuka langkah menghampiri ibunya.
"Adik nak duduk dengan ibu lagi. Adik rindu ibu..." esakkan Bella mula kedengaran.
Sebak Puan Qamar rasakan. Seminggu sahaja dia dapat bermesra dengan anak bongsunya.
"Ibu pun rindu adik, sayang," ujar Puan Qamar.
Tidak lama selepas itu, muncul kelibat Nu'man dan Nurhan dari dapur. Melihat ibu dan adik bongsunya berpelukan erat.
"Adik selalu rindu ibu. Ibu jaga diri tau," Bella cium kedua pipi ibunya.
"Ibu pun sama. Ibu sayang adik, rindu adik. Adik pun jaga diri dekat tempat orang. Jangan nakal, jangan malas. Jadi perempuan sikit," usik Puan Qamar dihujung ayat.
Tidak mahu suasana bertukar suram.
Terlepas tawaan kecil dari bibir Bella. Seketika kemudian, pandangan dialihkan pada kedua abangnya.
"Adik rindukan along dengan angah !" teriak Bella seraya memeluk Nu'man dan Nurhan.
Terkejut lelaki-lelaki itu apabila badan mereka ditarik membongkok separas adik perempuannya.
"Angah pun rindukan adik,"
"Along pun rindu. Sayang adik along ni,"
Dengan mata yang berkaca, Bella cuba ukir senyuman agar tidak kelihatan ketara sedihnya. Dia cuba beriak biasa.
"Adik rindu ibu, along, angah,"
Selesai membeli makanan, Haris terus memboloskan diri ke dalam kereta.
"Nah, Bella nak yang ni kan ?" hulurnya.
Bella mengangguk seraya mencapai huluran Haris.
"Terima kasih," senyum kecil dihadiahkan buat suaminya.
YOU ARE READING
Takdir Yang Tertulis [HIATUS]
De TodoBook 08 [hiatus] Start : 05 Julai 2023 End : - 🤍 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 Tertulis Takdir Kita 🤍 ♡︎ Hilman × Bella ♡︎ " Jangan persoalkan takdir , Allah sebaik - baik perancang " Nikah dengan orang yang kita suka ? Siapa jer tak nak kan . Opss , tapi itu d...