𝐓𝐘𝐓 11 : CEMBURU

35 5 0
                                    

Haris parkir kereta di hadapan rumahnya. Enjin dimatikan, pintu kereta dibuka sebelum dia keluar dari perut kereta.

Setelah di lock keretanya, langkah di atur menuju ke pintu rumah. Kunci dimasukkan ke dalam mangga rumahnya.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam. Adik akak dah balik," sapa Hanan dari belakang.

Haris senyum kelat. Andai Bella yang menjemputnya sebegini.

"Haris dah makan ?" soal Hanan prihatin.

Haris menggeleng laju.

"Ha kalau macam tu, Haris pergi lah makan. Kat dapur ada lauk lagi," kata Hanan.

"Kejap lah, kak. Haris nak naik mandi dulu," kata Haris.

Segera langkah dilajukan naik ke biliknya. Hendak memastikan keadaan Bella sebenarnya.

Clerkk

"Bella ?"

Sebaik pintu terbuka, kelihatan satu susuk tubuh sedang tertidur pulas di atas katil di selubungi selimut hingga paras perut.

Perlahan-lahan Haris menapak menghampiri Bella. Melihat dengan jelas keadaan gadis itu.

"Bella..." Haris mengusap lembut kepala Bella.

Bella menggeliat kecil. Matanya cuba dibuka, memandang gerangan yang memanggil.

"Bella," rambut Bella diselitkan ke belakang telinganya.

"Hmm ?" kabur seketika pandangan Bella sebelum jelas semuanya.

"H-Haris," Bella segera berpaling.

Tidak mahu memandang lelaki itu.

"Bella, kau dah makan ?" soal Haris.

Bella mengangguk sahaja walhal dia masih belum menjamah apa-apa dari balik tadi. Tapi dia malas nak jawab soalan Haris.

"Okay, rehat lah. Aku nak pergi mandi kejap," pamit Haris.

Masuk sahaja kelibat Haris ke dalam bilik air, Bella melepaskan nafas lega. Matanya yang kabur dilap kasar.

"Kau ni kenapa, Bella ?"

"Takkan lah kau cemburu ? Kau dah tak suka dia, kan ?"

"Ingat sikit senior kau tu,"

Bella capai phone nya di tepi katil dan membukanya. Ada beberapa notification dari WhatsApp.

019-204 0135

-Assalamualaikum, ni nombor Bella Qaima kan ?

Berkerut dahi Bella memandang nombor yang tidak dikenalinya. Takkan Shasha dengan Nadine pula ?

Tadi mereka yang memberi nombornya kepada Bella. Jadi, tak mungkin itu Shasha atau Nadine.

019-204 0135

Assalamualaikum
Nii nombor Bella Qaima kan ?

Waalaikumussalam
Haah ni Bella Qaima
Siapa ya ni ?

Bella biarkan phone nya selepas menghantar chat kepada si unknown. Mata kembali dipejam rapat.

Habis sahaja Haris makan, dia terus berlalu naik ke bilik. Tidak menunggu lama, pintu terus dibuka lalu Haris memboloskan diri ke ke dalam.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now